SOSEHSOSEH: PR Tak Cukup Ilmu

26 Nov

ISTERI seorang penggiat seni ini boleh tahan juga peramahnya. Dia tidak kekok untuk bermesra dengan pihak media dan suka tersenyum.

Apabila berjumpa wartawan dalam mana-mana majlis hiburan dia mengambil peluang itu untuk bertanya khabar dan turut memperkenalkan syarikat baru suaminya.

Bagaimanapun di sebalik kemesraan itu, dia ini SS rasa masih agak kurang kemahiran dalam berkomunikasi.

Dia buka mulut saja, ia membuatkan kita ‘potong stim.’ Apabila orang tanya soalan yang penting dan memerlukan penjelasan yang terang, jawapan yang diberikan sungguh menyedihkan, macam tak cukup bahan dan pengetahuan.

Kalau pegawai perhubungan awam syarikat membawa imej majikannya, maka sudah tentu isteri penggiat seni ini pula secara tidak langsung membawa imej suaminya yang sangat dikenali ramai itu.

Namun kalau belum bersedia untuk menjawab sebarang soalan mengenai perjalanan syarikat atau suaminya itu, lebih baik duduk diam-diam dan jangan jadi PR.

Menurut seorang rakan SS yang suka bergaya dengan beg cantik-cantik yang memang ‘original’, dia pernah terdengar seorang artis ini merungut pasal isteri penggiat seni ini.

Perkara sama juga menjadi rungutan artis itu iaitu apabila dia ‘buka mulut’ saja, jelas dirinya yang belum cukup matang untuk jadi PR syarikat.

Mulanya, rakan SS ini ingatkan artis tadi saja nak ‘feeling’ cemburu dengan isteri penggiat seni itu.

Namun selepas dua tiga kali, rakan SS tadi berbual dengan wanita itu, barulah dia faham kenapa orang lain merungut pasal dia.

Orangnya memanglah cantik dan muda belia, tetapi kalau ilmu tak berapa cukup, maka kuranglah markahnya.

Oleh itu, SS harap isteri penggiat seni itu kena belajar cara berkomunikasi yang betul.

Jangan ingat apabila suaminya berpengaruh dalam bidang seni, orang pun akan memberi layanan sama terhadapnya.

Apabila orang tidak berminat hendak mendengar apa yang kita cakap, ia memberi petanda yang kurang sihat.

Jangan takut untuk belajar dan boleh juga ambil kurus PR jangka pendek dan kalau rajin, jangka panjang untuk kebaikan diri.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: