RM15,000 Milik Siapa?

27 Nov

KEHADIRAN peserta lelaki paling muda, Danie Hasbullah Mohd Razi, 16, dan juga wakil tunggal bukan Melayu, Florence Lo, pastinya memberi tarikan kepada pertandingan akhir Bintang Klasik Nasional 2010 yang akan berlangsung esok.

Danie mewakili Zon Tengah/Selangor mempertaruhkan lagu Jauh Jauh manakala Florence, wakil Zon Sarawak, memilih lagu Kini Hatiku Telah Tertawan.

Bintang Klasik Nasional 2010 yang dianjurkan radio Klasik Nasional adalah penganjuran kali keempat sejak 2007. Ia bertujuan mempopularkan dan mengangkat martabat lagu irama Melayu Klasik yang malar segar serta nostalgia daripada filem Melayu lama.

Dalam usahanya mencungkil bakat baru, seramai 12 peserta masing-masing enam peserta lelaki dan wanita berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir tahun ini. Mereka akan berentap pada malam kemuncak yang berlangsung di Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Sungai Gadut, Seremban, Negeri Sembilan esok, jam 9 malam.

Pertandingan yang turut memberi penghargaan kepada pencipta, penyanyi, pemuzik serta seniman terdahulu diadakan kali kali pertama pada 3 Ogos 2007 diikuti Bintang Klasik Nusantara pada 7 September 2008 dan juga tahun lalu.

Lima lagi peserta lelaki yang berjaya ialah Fitri Hakim Omar Walid mewakili Zon Utara/Perak dan bakal menyampaikan lagu Tiada Esok, Muhammad Fadzli Abdul Wahab (Zon Selatan/Melaka) dengan lagu Malam Terakhir, Syamsul Nizam Ali (Zon Timur/Pahang) menyampaikan lagu Berikanlah Sinarmu, Merazan Mechang (Zon Sarawak) memilih lagu Jika Ku Tahu dan Fazrul Misran (Zon Sabah) dengan lagu Hanya Bintang-Bintang.

Peserta wanita pula ialah Hasfareza Harun (Zon Utara/Kedah) dengan lagu Airmata Di Kuala Lumpur, Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin (Zon Utara/Perak) mempertaruhkan lagu Kasih Hilang Sekejap, Shaidatul Nadira Shaharum (Wakil Zon Selatan/Melaka) dengan lagu Yang Ditunggu Tak Tiba, Norakmazulaika Abd Khalid (Zon Timur/Pahang) dengan lagu Perpisahan dan Siti Nirzawati Mohd Shom (Zon Sabah) lagu Kekasih Pujaan.

Mereka melayakkan diri selepas berjaya melepasi peringkat Pertandingan separuh akhir yang julung-julung kalinya diadakan pada 6 November lalu. Menerusi tiga pertandingan sama yang pernah diadakan sepanjang penganjurannya sebelum ini, pemilihan 12 peserta akhir dipilih juri tanpa melalui saringan separuh akhir.

Peringkat saringan dan peringkat negeri bermula Mac hingga Mei lalu manakala peringkat negeri diadakan pada bulan sama untuk memilih wakil ke peringkat zon. Pemilihan peringkat Zon diadakan pada Jun dan Julai untuk memilih wakil ke peringkat separuh akhir membabitkan Zon Utara, Zon Timur, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Sabah dan Zon Sarawak. Daripada 24 peserta yang bertanding di peringkat separuh akhir, hanya 12 orang layak ke peringkat akhir dan hanya seorang bakal dinobatkan sebagai Johan (lelaki & wanita) dengan hadiah lumayan RM15,000. Ia akan dipancarkan secara langsung di TV1 menyaksikan gandingan juruhebah Klasik Nasional, DJ Sofiah Abdullah dan penyanyi kelahiran Bintang RTM, Izwan Pilus sebagai pengacara. Ia turut diserikan dengan kemunculan artis Laksman & Emily menyampaikan lagu Joget Jauh Pandang, medley oleh Anis Salwa dan Muhaizam (Juita Ku Sayang), Azwan dan Sabihah (Nilai Cinta), Azizul dan Norazrina (Sikit Kasi Banyak Minta) serta Liza Aziz dan Latiff Ibrahim (Cahaya, Pilihlah Aku dan Duniaku Duniamu).

Naib Johan (lelaki & wanita) pula menerima RM10,000 dan Ketiga (lelaki & wanita) membawa pulang RM5,000 bersama trofi dan sijil penghargaan manakala sagu hati (enam peserta lelaki dan wanita) menerima RM 1,000, trofi dan sijil penghargaan.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: