SOSEHSOSEH: Pengacara Tak Tau Hoki Dapat Perak

27 Nov

TAHNIAH SS ucapkan kepada skuad skuasy wanita negara, Sharon Wee, Low Wee Wern, Delia Arnold dan Datuk Nicol David yang menyumbangkan emas kesembilan negara pada Sukan Asia Guangzhou 2010, kelmarin. Kejayaan menewaskan Hong Kong sangat bermakna kerana memastikan kontinjen negara mencapai sembilan emas yang disasarkan.

Wajah mereka yang cukup ceria menghiasi muka depan semua akhbar kita semalam sebagai bukti kebanggaan rakyat Malaysia atas kejayaan mereka. Ia juga cukup bermakna kerana dianggap sebagai mengubat kekecewaan atas kekalahan skuad hoki lelaki yang kecundang kepada Pakistan.

Bagaimanapun, SS tertarik dengan satu program bual bicara yang disiarkan satu stesen televisyen semalam apabila pengacaranya mengharapkan Malaysia dapat menambahkan lagi bilangan pingat untuk acara lain.

Apa yang membuatkan SS tersenyum sendirian kerana pengacara itu mengharapkan pingat emas dari sukan hoki, siap bertanya lagi dengan rakan setugasnya bila pertandingan hoki akan berlangsung. Ternyata rakan setugasnya terpinga-pinga tidak tahu hendak kata apa. Hakikatnya, satu negara berdebar menyaksikan detik genting Malaysia menentang Pakistan pada petang sebelumnya dan akhirnya tewas 2-0.

Kalau tidak ikuti pun Sukan Asia Guangzhou 2010 yang berlangsung dari 12 hingga 27 November, pengacara itu boleh baca dari akhbar pada awal-awal pagi sebelum bersiaran. Ini penting sebagai persediaan kerana mereka mengendalikan program bual bicara pagi. Pelbagai topik semasa boleh dibincangkan dalam program mereka dan pengisian maklumat terkini itu penting supaya tidak menampakkan kebodohan sendiri apabila berlaku insiden seperti ini. Nak kata pengacara itu orang baru tidak juga kerana sudah lama dalam bidangnya dan digandingkan pula dengan artis muda. Tapi hendak buat macam mana, semuanya terserlah di hadapan rakyat Malaysia.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: