Akustik Konsert Analog

28 Nov

Gebang Syed


Ana Rafali

WAH, dalam diam-diam penyanyi yang cukup popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku nak bikin konsert pula. Tapi Ana Rafali tidak keseorangan sebaliknya akan bergandingan dengan Monoloque untuk menghiburkan peminat mereka.

Bila Syed dapat tahu cerita mereka nak buat konsert akustik ni, memang rasa teruja. Bukan apa, dah tak banyak konsert akustik yang ada kebelakangan ini.

Kalau ada pun hanyalah persembahan satu dua lagu dalam mana-mana persembahan biasa. Syed yakin Ana mahupun Monoloque mampu menarik perhatian peminat muzik tempatan untuk sama-sama datang ke konsert istimewa ini.

Bila berjumpa dengan Helmi, penganjur Konsert Analog baru-baru ini, dia ada bercerita yang ramai peminat dah booking tiket untuk tengok persembahan mereka.

‘Bila saya uar-uarkan sahaja nak buat Konsert Analog ni, ramai rupanya yang nak tengok. Tak sangka Ana Rafali dan Monoloque ni memang memberikan kesan kepada peminat muzik tanah air.

‘Tapi ramai yang teruja sebab dia konsert akustik. Mereka akan menyanyikan lebih kurang 12 lagu setiap seorang diiringi band masing-masing. Lagu Jangan Berpacaran dan Kekanda Adinda pun akan dinyanyikan,’ kata Helmi yang juga merupakan orang kuat kepada Ali Bakar.

Konsert anjuran Republic Of Helmi (ROH) akan diadakan pada 19 Disember ini di Lambang Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur. Kalau nak tahu cerita lanjut boleh hubungi 017-2650645 atau layari http://www.ticket2u.biz untuk maklumat lanjut.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: