Azlan Tidak Pernah Putus Asa

28 Nov

Oleh: ROSLI MANAH
(rosli456@yahoo.com)
Foto: NOOR AZLINA JAAFAR
Solekan: AMY NOOR dari SZEMIE ARTISTIC & GALLERY, SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR (012-2578884)


Azlan

SEJAK empat tahun lalu Khairul Azlan Hamdan mula berjinak-jinak dengan lakonan. Pada masa itu dia bekerja di Kuala Lumpur. Kebetulan dia mengenali seorang pelakon muda yang menjalankan perniagaan peralatan pengantin dan pernah terlibat menyediakan prop pelamin untuk sebuah drama.

Daripada situlah dia mencuba nasib dalam lakonan. Namun sehingga hari ini usahanya belum membuahkan hasil dan hanya pernah muncul dalam sebuah drama. Itupun sebagai pelakon tambahan sahaja.

‘Tahun depan saya ingin berusaha untuk menempatkan diri saya dalam lakonan. Saya perlu bersungguh-sungguh untuk meletakkan nama saya dalam kelompok pelakon.

‘Saya memang sudah lama meminati bidang lakonan, tapi nampaknya rezeki masih belum berpihak kepada saya. Tak apa saya tak akan putus asa dan meletakkan sasaran pada tahun 2011.

‘Saya pernah menyertai pertandingan Pilih Kasih tahun lalu, namun tidak berjaya ke pemilihan akhir. Saya juga ada mencuba nasib dalam beberapa pertandingan lagi, tapi belum berjaya.

‘Sebab itu saya turut berminat untuk menyertai Pencarian Kacak Bergaya 2011,’ kata Azlan yang tinggal bersama keluarganya di Temerloh, Pahang.

Azlan pernah menyertai sebuah agensi pencarian bakat baru yang kononnya mempunyai hubungan dengan produksi. Namun dia terpaksa akur apabila menjadi mangsa penipuan syarikat tersebut. Syarikat itu tutup sebelum dia dapat menuai hasil.

‘Sekarang saya bekerja menguruskan sebuah kedai makanan sejuk beku di Temerloh. Saya ada hasrat untuk memulakan perniagaan sendiri dalam cabang yang sama tahun depan.

‘Bila ada perniagaan sendiri mudahlah saya bergerak kalau ada keperluan yang menuntut saya meninggalkan kerja. Sekarang gerak saya terbatas untuk mencari peluang berlakon kerana bekerja dengan orang.

‘Saya meminati perniagaan ini dan akan menjadikannya punca pendapatan utama saya. Sekurang-kurangnya saya boleh mengimbanginya apabila saya berlakon nanti.

‘Saya memilih perniagaan di Temerloh kerana saya belum mahir selok-belok kehidupan di ibu kota. Tapi sekarang perjalanan dari Temerloh ke Kuala Lumpur hanya sejam sahaja, tak ada masalah untuk saya bergerak aktif,’ sambungnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Azlan sedang menunggu jawapan permohonannya untuk menyertai Istana Budaya. Dia membuat permohonan untuk menjadi artis Istana Budaya di bahagian lakonan.

‘Saya pernah juga datang untuk uji bakat teater Natrah tidak lama dulu, tapi saya terpaksa lupakan hasrat saya kerana terpaksa pulang atas sebab yang tak dapat dielakkan sebelum giliran saya tiba,’ ujar Azlan.

Azlan juga bersemangat mencari tapak dalam dunia lakonan kerana minatnya itu disulam restu keluarga yang memahami kecenderungannya terdapat seni.

‘Saya harap penyertaan saya dalam Pencarian Kacak Bergaya akan membuka peluang baru kepada saya,’ kata Azlan penuh harapan.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: