Lawak Kampung Zizan, Johan Di Anugerah Shout!

28 Nov

« sebelum  selepas »
Foto

Johan (kiri) dan Zizan.

Foto

Yuna (kanan) dan Mizz Nina.

Foto

Bunkface.

DI sebalik kejayaan Yuna mengungguli tiga kategori, Popstar Award, Break Out Award (Artis Baru) termasuk anugerah utama, Ultimate Shout! Award dan persembahan artis antarabangsa, Iyaz yang melabuhkan tirai Anugerah Shout! 2010 pada Sabtu minggu lalu, ada cerita lain yang wajar dikongsi.

Malah, di sebalik keriuhan artis membuat persembahan dengan gaya urban dan ‘kelas antarabangsa’ bersesuaian stesen penyiar dan penganjur, 8TV, majlis anugerah buat kali kedua di Stadium Putra Bukit Jalil itu turut terkesan dengan lawak merapu, Zizan dan Johan Raja Lawak.
Idea mengundang penyandang naib juara dan tempat ketiga pertandingan berteraskan lawak di Astro Prima itu sebagai penyampai anugerah kategori Hot Chick Award oleh pihak penganjur barang kali tidak dijangka langsung menyuntik jenaka spontan pelawak itu. Ibaratnya, jolokan ‘lawak kampung’ yang diperjuangkan mereka diberi anjakan baru apabila ditonton lebih 20,000 penonton di stadium sekali gus mengubah dimensi stesen TV Hip itu yang rata-ratanya ditonton golongan urban dan penonton berbangsa Cina.
Gaya percakapan ‘broken English’ Zizan dan Johan berjaya menggeletek hati penonton. Dialog akhir Zizan ketika mewakili Scha yang memenangi kategori Hot Chick berbunyi, “don’t drink and drive, beware of dog” terus menangkap ramai orang.

“Sebagai pelawak, saya sendiri tak boleh nak cakap lawak saya sudah naik taraf atau tidak. Lawak ini satu yang telus. Kalau lawak yang dibuat itu berkenan di hati yang menonton, itu sudah memadai. Lawak itu juga berbalik kepada menjadi atau tidak. Alhamdulillah, jika ada yang terhibur dengan lawak saya dan Johan. Menggunakan pendekatan ‘broken English’ itu memang sudah banyak diaplikasi pelawak lain. Tapi kami cuba bercakap slanga Inggeris berterabur dengan gaya tersendiri.

“Bagi saya, tiada istilah lawak bodoh atau tidak. Yang penting isu diketengahkan. Kami cuba berlagak bijak sedangkan kami tidaklah pandai sangat berbahasa Inggeris. Sebelum tak nampak bijak di pandangan orang, jadi kita cuba berlakon bijak demi menutup kelemahan yang ada,” katanya yang turut memenangi kategori Personaliti TV Kegemaran menewaskan calon hebat seperti Aznil Nawawi, Ally Iskandar, Awal Ashaari, Daphne Iking dan Henry Golding.

Ditanya apakah dia ada ditawarkan untuk bekerjasama dengan 8TV mengendalikan mana-mana program yang sesuai dengannya, Zizan berkata, hal itu belum terjadi, namun jika ada peluang untuk muncul di siaran itu, dia tidak akan teragak-agak untuk menjalinkan kerjasama.

“Sebelum ini, saya banyak membuat kerja pengacaraan di saluran Astro. Tawaran di stesen TV lain itu bukannya tak ada, cuma selalu nak dijadikan cerita, ia bercanggah dengan jadual kerja saya. Peluang muncul menjadi penyampai anugerah di Anugerah Shout! boleh saya katakan sebagai batu loncatan.

“Malam itu juga semuanya berbalik kepada nasib. Walaupun diberi mandat sebagai penyampai anugerah, saya sendiri cuba memanfaatkannya sebaik mungkin untuk menyerlah. Hal yang sama juga dilalui artis yang membuat persembahan,” katanya yang baru saja selesai menjalani penggambaran filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham dan digandingkan buat julung kalinya dengan Juliana Evans.

Populariti Zizan dilihat semakin meledak, malah ada yang mengandaikan perhatian kini mula beralih kepadanya. Apatah lagi, pelawak generasi baru, Nabil dikatakan akan berdepan dengan saat kejatuhan selepas gosip peribadi datang menyerangnya baru-baru ini.

“Saya tak ada hak untuk menilai orang itu jatuh atau naik. Cuma dalam kehidupan ini, kita mempunyai pilihan. Kalau tak nak minum kopi, kita boleh pesan air susu,” kata pemenang tempat kedua pertandingan Raja Lawak musim pertama itu.

Majlis Anugerah Shout! yang dikendalikan Hafiz Hatim, Henry Golding dan Sarah Lian itu berjalan dengan lancar dan wajar dipuji. Syabas kepada 8TV kerana berjaya mengendalikan acara ini dalam liganya yang tersendiri. Pendek kata, ia wajar diteruskan pada masa mendatang.

Menampilkan artis popular masa kini, deretan artis yang membuat persembahan dan penyampai anugerah seperti Faizal Tahir, Mizz Nina, Yuna, Najwa, Atilia, Monoloque, Reshmonu, Hujan, Bunkface, Altimet dan Azlan The Typewriter antara umpan yang membuatkan penonton di stadium dan di rumah terpana.

Bunkface yang mengungguli tiga kategori tahun lalu termasuk Ultimate Shout! Award juga menang dua kategori pada tahun ini iaitu Video Klip Terbaik (Prom Queen) dan Rockstar Award. Tahun lalu, Bunkface turut dinobatkan sebagai Rockstar Award. Mizz Nina yang diramal menang besar berdasarkan empat pencalonan yang diraihnya dalam kategori Popstar Award, Break Out Award dan Hot Chick Award. Namun hanya kategori Flava Award (Hip Hop & R&B Awards) yang tersangkut dan sekali gus menjadi miliknya.

Pemilihan Yuna untuk kategori Ultimate Shout! Award juga dinilai bukan berdasarkan dua kategori yang diperolehnya daripada undian SMS peminat, sebaliknya 8TV menubuhkan satu jawatankuasa penilai Shout! Awards sendiri.

Dalam beberapa kategori seperti Hot Guy Award, Program TV Kegemaran (Bukan Drama) dan Coolest Radio Announcer Award, keputusan dilihat lebih cenderung kepada 8TV dan Fly FM. Ada usikan pertanyaan, mungkin kemenangan itu diatur?

Bayangkan Henry Golding yang aktif mengacara di 8TV berjaya menumpaskan jejaka hangat dan popular seperti Remy Ishak, Hans Isaac, Faizal Tahir, Farid Kamil dan Shaheizy Sam. Begitu juga Showdown 2010 (kategori Program TV Kegemaran) yang mengatasi populariti Imam Muda, Melodi dan Anugerah Juara Lagu ke-24.

Apa terjadi, keputusan sudah muktamad. Jika Anugerah Shout! diteruskan pada masa akan datang, tiada salahnya, cuma kelemahan yang ada itu perlu diperbaiki.

Senarai pemenang Anugerah Shout! 2010

‘ Rockstar – Bunkface
‘ Popstar – Yuna
‘ Power Vocal – Faizal Tahir
‘ Flava (Hip Hop/R&B Awards) – Mizz Nina
‘ Music Video – Prom Queen (Bunkface)
‘ Break Out (Best New Act) – Yuna
‘ Best On Screen Chemistry – Afdlin Shauki & Liyana Jasmay (Papadom)
‘ Fresh TV Series (New TV Series) – Nur Kasih (Filmscape)
‘ Breakthrough Feature – Lagenda Budak Setan (Sharad Sharan)
‘ Favourite TV Program (Non Drama) – Showdown 2010
‘ Favourite TV Personality – Zizan Raja Lawak (Raja Lawak 4)
‘ Collest Radio Announcer – Phat Fabes (Fly FM Pagi Show)
‘ Favourite Radio Show – HotFM AM Krew (Fara, Faizal & AG)
‘ Hot Guy – Henry Golding
‘ Hot Chick – Scha Al-Yahya
‘ Mobile Artiste 0f The Year – 6ixth Sense (Tanpa)

Bintang Pop

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: