Penduduk Kampung, Artis Rai Aidiladha

28 Nov

pix_gal0
SEMPENA Aidiladha minggu lalu, beberapa artis mengambil bahagian dalam ibadat korban bersama penduduk di sekitar Kampung Buluh, Kuala Berang, Terengganu, selain bersama-sama bergotong royong memasak dan menjalankan kegiatan kemasyarakatan.

Acara berkenaan adalah pengisian program Santai Selebriti & Media yang berlangsung selama tiga hari pada 15-17 November lalu sempena kempen mempromosikan pelancongan bercorak Inap Desa (Homestay) dengan pelbagai pengisian aktiviti selain keagaamaan, termasuk berbentuk ke arah tanggungjawab sosial bersama, rekreasi dan riadah dalam mengenali tempat bersejarah dan menarik di sekitar Hulu Terengganu.
Artis terbabit ialah penyanyi rock era 1990-an, Yantzen dan penyanyi era 1980-an, Rozita rohaizad, selain Khaty Azean, Chef Yang Jamil Razo (VShape) serta beberapa juhebah dari stesen KLFM dan wakil media massa.
Antara lokasi yang diadakan untuk dikunjungi rombongan artis dan media termasuk melawat Batu Bersurat Terengganu, Pusat Konversasi Tuntung di Bukit Paloh, Kampung Dusun, Makam Tok Gajah di Kampung Pasir Nering, selain meninjau kebun ubi kayu dan keledek.

Kegiatan lain termasuk jelajah bot ke Tasik Kenyir yang ditaja Kenyir Naturallys Holiday Sdn Bhd, persembahan kebudayaan dan hiburan oleh artis undangan serta acara kemasyarakatan dan ziarah-menziarahi dan memasak bersama penduduk kampung dan telematch.

Penganjuran Santai Selebriti & Media itu adalah bagi edisi ke-17 menerusi anjuran bersama Anita Entertainment & Productions (AEP) dan Homestay Kampung Buluh dan I-Brang Chalet dengan kerjasama Delima Oil Products Sdn Bhd. Ia turut mendapat tajaan daripada Haven Restoran, Look Out Point Langat, Orang Kampung Corporation, Hijrah Resources, Kernyir Naturally Holiday, Nakhoda Alam enterprise dan Suco Sdn Bhd.

Acara kemuncak acara tiga hari itu ialah majlis korban membabitkan artis dan media massa bersama hampir 1,000 penduduk kampung yang dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Zawawi Ismail.

Zawawi dalam ucapannya, memuji usaha penganjur kerana konsep acara yang diadakan adalah unik kerana memberi peluang penjduduk kampung untuk bersama anak seni dalam ibadat korban serta kegiatan kemasyarakatan yang mengundang semangat persaudaran yang baik dan harmoni.

Komitmen dan sokongan padu yang diberikan artis dan wakil media dalam menjayakan acara kemasyarakatan wajar diteruskan dalam skala lebih besar supaya ia mampu menggalakkan pelancongan domestik selain meningkatkan pengetahuan mengenai tempat menarik di negara sendiri, termasuk memberi peluang untuk penduduk luar bandar mendekati artis.

Bintang Pop

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: