Diana Kunci Mulut Kisah Farid

29 Nov

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM


GELAGAT gelagat Diana melayani peminatnya pada majlis majlis A Nite With Diana Danielle yang berlangsung di Musa Fashion & Dine, Avenue K, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PELAKON remaja ini baru sahaja menginjak ke usia 19 tahun pada tanggal 22 November lalu. Dari raut wajahnya, mungkin ramai yang tidak menyangka usia gadis kelahiran Houston, Texas, Amerika Syarikat itu belum lagi mencecah 20 tahun!

Namun, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson yang cukup komersial dengan panggilan Diana Danielle dari zahirnya dilihat cukup matang.

Pelakon siri popular Air Mata Maria yang pernah menjentik emosi penonton tidak lama dahulu antara lakonan berkesan Diana biarpun ketika itu usianya cukup mentah beraksi sebagai wanita dewasa.

Beruntung dia lahir sebagai anak kacukan. Diana hadir dengan pakej yang menarik. Kejelitaannya amat mudah memikat hati lelaki.

Kerana kelebihan itu, maka tidak hairan kenapa namanya sering dikaitkan dengan lelaki tampan yang masyhur.

Kali pertama, Diana bercinta dengan sutradara muda, Syamsul Datuk Yusof.

Sayang sekali, cinta mereka berdua tewas di pertengahan jalan.

Episod cinta terbaru Diana pula yang kini menjadi sebutan ramai ialah, pelakon dan pengarah, Farid Kamil.

Benar atau tidak biarkan saja si empunya diri yang membuat pengesahan apabila tiba masanya nanti.

Barangkali si jelita ini masih mahu bermain teka-teki dengan para peminatnya biarpun ada mata yang pernah melihat Diana dan Farid pernah keluar berduaan sebelum ini.

Mungkin juga kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali kerana pernah kecundang mengait sulaman kasih suatu ketika dahulu menjadikan Diana mengambil jalan selamat daripada terus berterus-terang.

Katanya ketika ditemui pada majlis A Nite With Diana Danielle di Musa Fashion & Dine, Avenue K, Jalan Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini, cukuplah peminat menilai sendiri tentang apa yang mereka baca dan apa yang telah mereka lihat.

“Sebenarnya saya tidak mahu terlalu mendedahkan kisah peribadi. Bukan apa, takut andai apa yang saya sampaikan dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu.

“Biarlah saya mengambil sikap berhati-hati kerana bimbang andai tidak berlaku seperti yang mereka fikirkan akan timbul cerita-cerita lain pula.

“Lebih baik saya berdiam dan biarkan peminat menilai sendiri,” kata Diana disulami senyuman penuh makna.

Andai benar Diana dan Farid sedang mengait rindu rasanya tiada sebab untuk mereka terus membiarkan peminat berteka-teki dan membuat andaian sendiri kerana kelak diri sendiri yang akan binasa.

Benda baik, rasanya tidak ada sebab kukuh untuk disembunyikan. Apatah lagi, apabila ada pihak mendakwa pernah melibat kelibat keduanya berjalan mesra beriringan di sesuatu tempat kerana bimbang nanti akan timbul pelbagai fitnah pula.

Tidak merancang untuk mempunyai hubungan yang serius dalam percintaan sehingga menjurus ke alam perkahwinan dalam tempoh terdekat jelas Diana usia mudanya masih menuntut agar dipenuhi dengan ilmu kerjaya serta cita-citanya.

“Saya paling takut membuat sesuatu perancangan dalam hidup. Begitulah juga dengan perkahwinan. Terus terang buat masa ini saya memang tiada perancangan ke arah itu.

“Tetapi andai pada masa akan datang saya ditakdirkan berkahwin pada tahun depan atau sebagainya itu adalah kerana jodoh,” kata Diana lagi.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: