Angelina Jolie Dikecam

1 Dec


Angelina Jolie memberitahu pelakonnya, Goran Jetvic (tengah) arah kamera semasa penggambaran filem arahan pertamanya di Esztergom (60 km ke utara Budapest) pada 12 November lalu. – REUTERS

SARAJEVO 30 Nov. – Mangsa- mangsa keganasan seksual Bosnia ketika perang 1990-an mengecam ‘kejahilan’ pelakon Angelina Jolie ekoran filem arahannya mengenai Bosnia yang mencetuskan kontroversi.

“Kelakuan jahil Jolie terhadap mangsa-mangsa itu jelas kelihatan apabila dia menggesa supaya bantahan dihentikan dan memberi mereka hak untuk meneruskan penggambaran filem itu tanpa meraguinya,” kata pertubuhan Wanita Mangsa Perang (WVW) dalam surat terbuka yang diterbitkan semalam.

Dalam surat yang dihantar kepada agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), di mana Jolie menjadi duta muhibahnya, WVW memberitahu bahawa mereka ‘sangat bimbang’ tentang penerbitan filem itu.

Bintang Hollywood itu mengarahkan filem sulungnya mengenai kisah cinta antara wanita Islam dan lelaki Serbia ketika perang etnik Bosnia pada 1992-1995 Oktober lalu di Hungary.

Namun, ekoran berhadapan dengan masalah kebenaran untuk membuat penggambaran di Bosnia kerana aduan daripada pertubuhan mangsa-mangsa perang kepada pihak berkuasa, Jolie hanya berjaya menyiapkan beberapa adegan awal bulan ini tanpa penggambaran di negara Balkan itu.

Menurut sinopsis, filem yang belum diberi judul itu menceritakan kisah cinta zaman perang antara pengawal penjara dan seorang wanita Islam yang ditahan, yang juga adalah bekas kekasihnya.

Ia mencetuskan kontroversi di Bosnia apabila media tempatan melaporkan khabar angin bahawa filem itu adalah mengisahkan seorang wanita mangsa rogol beragama Islam yang jatuh cinta dengan lelaki Serbia yang merogolnya.

Jolie telah menghantar salinan skrip kepada pihak berkuasa bagi membuktikan filem itu tidak mengisahkan tentang kisah cinta mangsa rogol.

Pelakon itu turut menyuarakan hasrat mahu berjumpa dengan pertubuhan itu untuk menyelesaikan salah faham yang timbul tetapi perjumpaan itu tidak pernah berlaku.- AFP

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: