Musim Ketiga Private Practice

2 Dec

PENUH dengan aksi drama dan kejutan yang tidak terduga, Private Practice kembali dengan musim ke-3.

Siri menarik yang lahir daripada drama siri Grey’s Anatomy ini akan disiarkan di ntv7 setiap Sabtu, jam 10 malam, bermula 4 Disember ini.

Siri popular yang direka Shonda Rhimes ini mengisahkan kehidupan Addison Montgomery (Kate Walsh), seorang pakar bedah neonatal dan rakan sekerjanya di pusat rawatan Oceanside Wellness di Santa Monica.

Pembuka tirai musim ketiga ini memaparkan sambungan babak tergantung musim lalu yang penuh dengan adegan cemas.


Violet (Amy Brenneman) yang sarat mengandung ditinggalkan bertarung nyawa seorang diri setelah bayinya dirampas daripadanya.


Violet dan bayinya akhirnya terselamat, tetapi pengalaman itu meninggalkan kesan trauma yang mendalam.

Ini menyebabkan Violet tidak terdaya menjaga bayi lelakinya.

Kesan ini pula menimbulkan ketegangan dan tekanan ke atas perhubungan Violet dengan rakan sekerjanya, terutama perhubungannya dengan Pete (Tim Daly). Siapa ayah bayi Violet juga akan diketahui, menyebabkan Pete dan Sheldon (Brian Benben) asyik bertelagah sesama sendiri.

Hayati babak yang mendebarkan sepanjang 23 episod musim ini seperti kemunculan semula pesakit jagaan Naomi (Audra McDonald) iaitu Zoe dan Amelia di mana embrio mereka berdua disalah tukar dengan tidak sengaja.

Ikuti Private Practice musim ketiga ini yang sarat dengan babak dramatik termasuk kematian tidak terduga, pergelutan perhubungan dan rawatan perubatan yang kontroversi.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: