Padi Dodoikan Upin & Ipin

2 Dec

ANIMASI popular, Upin & Ipin mencetuskan fenomena tersendiri kerana ia bukan hanya menerima maklum balas menggalakkan daripada penonton tempatan, malah semakin mendapat tempat di peringkat antarabangsa.

Sejak ditayangkan menerusi saluran Disney, animasi yang mengetengahkan dua adik-beradik berkepala botak serta beberapa karakter sampingan menarik ini mula mendapat perhatian sehingga berjaya menembusi pasaran negara jiran termasuk di Singapura, Indonesia, Brunei dan India.

Terbaru, pihak pengurusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd dengan kerjasama syarikat rakaman Sony Music Sdn Bhd melantik band popular dari Indonesia, Padi untuk menyanyikan lagu tema filem animasi itu, Sahabat Selamanya. Lirik lagu ciptaan dan susunan muzik oleh kumpulan Padi itu sebagai usaha memupuk hubungan persahabatan antara rakan.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md Radzi berkata, ilham menghasilkan lagu itu timbul ekoran isu yang dibangkitkan segelintir pihak membabitkan dua negara serumpun yang menyebabkan hubungan persahabatan antara Malaysia dan Indonesia agak renggang seketika Ogos lalu.


“Kami mendapat maklum balas, siri animasi ini semakin popular di Indonesia.


“Ekoran beberapa isu negatif yang ditimbulkan segelintir pihak menjadikan hubungan antara Malaysia dan Indonesia agak renggang.

“Jadi kami memikirkan melakukan kerjasama yang membabitkan dua negara dan bertemakan persahabatan sehingga terhasil lagu tema Sahabat Selamanya.

“Kami bertuah kerana mendapat persetujuan daripada kumpulan Padi dan Sony Music.

“Kami bersyukur kerana dengan kerjasama daripada syarikat rakaman dan kumpulan Padi, lagu ini berjaya disiapkan dalam masa yang agak singkat.

“Walaupun tanpa promosi menyeluruh, lagu ini tetap mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menduduki tempat ke-20 terbanyak dalam senarai muat turun nada dering telefon bimbit di Indonesia,” katanya.

Burhanuddin memaklumkan, pihaknya dalam usaha menghasilkan album runut bunyi untuk filem animasi itu. Album yang mengandungi 10 lagu itu turut menyaksikan pembabitan artis Malaysia dan Indonesia.

Begitupun, pihaknya masih belum menentukan senarai artis yang akan terbabit menerusi album khas itu. Siri terbaru, Upin & Ipin pula di jadualkan siap pada 2012.

Dalam pada itu, Burhanuddin memberitahu animasi itu mencatat satu lagi sejarah apabila menerima Anugerah Jenama Kepimpinan sempena Kongres Jenama Dunia di Mumbai, India pada 24 November lalu.

Tambahnya, animasi itu sudah menembusi pasaran India, begitupun sambutan agak perlahan.

Begitupun, pihak pengurusan berasa bangga kerana buat pertama kali animasi Malaysia berjaya memasuki pasaran di sana. Malah, pihak Disney di India juga bersetuju membeli filem itu.

“Dianggarkan lebih RM350 juta pendapatan secara kasar yang bakal diperoleh menerusi animasi ini.

“Apatah lagi animasi ini mula mendapat maklum balas yang cukup menggalakkan di beberapa negara termasuk Singapura, Brunei dan Filipina,” kata Burhanuddin pada majlis sidang media mengumumkan kumpulan Padi sebagai penyanyi lagu tema untuk filem itu.

Hadir sama, dua wakil kumpulan Padi, Andi Fadly Arifuddin atau Fadly (vokal); Rindra Risyanto Noor atau Rindra (bass) serta Pengarah Urusan Sony Music Malaysia, Andrian Lim dan wakil Sony Music Indonesia, Shatria Dharma.

Bagi Fadly, maklum balas yang baik daripada peminat animasi terutama kanak-kanak di Indonesia mendorong dirinya untuk menyahut cabaran melaksanakan amanat menyanyikan lagu itu.

Animasi berkenaan sudah menjadi rancangan yang cukup diminati kanak-kanak termasuk anaknya sendiri.

Secara tidak langsung, karakter dan cerita yang dipaparkan menjadikan tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik anak-anak lebih mudah.

“Penampilan menerusi lagu ini secara tidak langsung menambahkan kelompok peminat kami daripada golongan dewasa dan kini kelompok kanak-kanak mula mengenali kami.

“Begitu juga golongan dewasa. Ini juga mendatangkan manfaat kepada kami. Tidak dinafikan sejak tiga tahun kebelakangan ini kami sibuk menghasilkan lagu dengan tema kanak-kanak dan pendidikan memandangkan saya dan Rindra terbabit dalam penerbitan lagu.

“Setiap lagu mempunyai mesej tersendiri. Saya percaya menerusi lagu juga dapat mendidik generasi muda ke arah kebaikan. Sangkaan saya pada awalnya susah menghasilkan lagu untuk kanak-kanak sebaliknya ia tidak begitu sukar.

“Apa yang penting perlu tahu melodi dan lirik yang ingin disampaikan. Pada saya menghasilkan lagu untuk kanak-kanak dan golongan dewasa tidak jauh beza,” katanya.

Disebabkan agak sunyi daripada berita dan perkembangan dalam dunia muzik di Indonesia, timbul andaian daripada segelintir pihak bahawa kumpulan berkenaan sudah berpecah.

Begitupun, perkara itu disang

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: