Raingers Inspirasi HUJAN

2 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
  

Lima tahun memerah idea sehingga muncul lagu-lagu popular seperti Pagi Yang Gelap dan Bila Aku Sudah Tiada, kini kematangan Hujan berkarya tidak boleh dipertikaikan lagi. Bukan calang-calang kerana kumpulan indie popular ini telahpun mengorak langkah jauh ke United Kingdom untuk menghiburkan peminat.

Bukan mudah mencipta nama, lebih-lebih lagi dalam industri kini semakin ramai artis dilahirkan melalui rancangan realiti. Namun bagi Hujan sendiri, faktor utama kejayaan mereka adalah atas sokongan padu peminat yang menggelarkan diri mereka Raingers. Masakan tidak, waktu masih bertatih dalam arena muzik, Hujan berjaya membawa pulang dua trofi Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk kategori Album Rock Terbaik dan Lagu Rock Terbaik (Bila Aku Sudah Tiada).

 

“Raingers adalah sumber insprirasi untuk lagu Hujan. Mereka jentera penggerak dan sentiasa memberi semangat setiap langkah perjalanan kami dalam industri.

“Kami mahu mereka melihat Hujan sebagai musician, bukan public figure. Peminat hargai muzik dan kami cuba hasilkan yang terbaik. Sebab itu dari awal penubuhan kami, Hujan lebih selesa dengan lagu ciptaan sendiri. Kami tak pernah mengambil lagu dari komposer lain. Penulis lirik Hujan hanya Noh seorang.

“Kami lukiskan karya yang jujur melalui lagu kerana kalau ia datang dari kepalsuan, pasti kami tidak akan bertahan lama,” luah Noh ketika sidang media pelancaran album terbaru Hujan, Lonely Soldier Boy.

Lonely Soldier Boy Taruhan Terbaru

Pastinya pendengar lebih mesra dengan alunan muzik rock dan agresif Hujan yang dimuatkan dalam album Mencari Konklusi. Dengan kos RM30,000, Hujan buat pertama kalinya mengambil langkah berani mengenengahkan muzik ballad dalam album terbaru mereka, Lonely Soldier Boy yang memuatkan 14 buah lagu.

Menurut Noh, Hujan mahukan kelainan dalam setiap album yang diterbitkan dan masih mengekalkan ciri-ciri muzik alternatif  dan digandingkan bersama eksperimentasi lagu ballad. Noh juga menolak tanggapan ciptaan lagu ballad adalah hasil daripada perasaannya yang sedang hangat dilamun cinta.

“Hujan muncul sebagai rock band dan kami memenuhi permintaan peminat yang selesa dengan gaya muzik yang dibawa. Tapi sebenarnya sejak dulu lagi kami sudah ada lagu ballad, cuma jarang diketengahkan.

“Lonely Soldier Boy adalah album yang paling mencabar berbanding sebelumnya. Vokal Noh banyak improve kerana lagu ballad lebih sukar untuk dibawa berbanding rock. Namun kami yakin album terbaru ini lebih friendly pendengar dan semua golongan mampu menikmati muziknya.

“Dan lagu Lonely Soldier Boy sebenarnya sudah separate among Raingers sebelum ini. Kami jadikannya judul terbaru album kerana mood lagu ini mempengaruhi keseluruhan album,” ujarnya yang turut mengadakan showcase sejurus selepas majlis pelancaran album.

Album ini memuatkan 14 buah lagu antaranya Inspektor Remos, Kita Tak Peduli, Bahgia, Bagaikan Matahari, Kasihan dan banyak lagi.

FOTO oleh SHAHRIL AZMAN BIN MOHD ZAIN

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: