Ryan Seacrest Meterai Kontrak AS$60 Juta

2 Dec

NEW YORK 1 Dis. – Pengacara American Idol, Ryan Seacrest (gambar) menyambung kontraknya dengan Clear Channel Communications untuk tiga tahun lagi, dengan matlamat membangunkan kandungan baru dalam dunia digital, kata syarikat itu semalam.

Butir-butiran kewangan tidak diumumkan tetapi akhbar The New York Times melaporkan, kontrak itu bernilai AS$60 (RM192) juta untuk tiga tahun.

Kontrak asal Seacrest selama tiga tahun, ditandatangani pada 2008, dianggarkan bernilai AS$35 (RM112) juta, kata akhbar itu.

Beberapa pemerhati industri mempersoalkan sama ada Seacrest akan mengurangkan komitmennya sebagai pengacara radio apabila kontrak sedia adanya tamat, disebabkan komitmennya menerbitkan program realiti televisyen seperti Keeping Up With the Kardashians.

Sebaliknya, beliau kelihatan menambah komitmennya daripada segi lebih banyak pulangan laba, dengan bersetuju membangunkan kandungan baru radio Clear Channel termasuk platform digital.

Clear Channel dan Seacrest juga akan meneroka aspek mewujudkan kandungan televisyen, label syarikat rakaman, perniagaan penerbitan muzik dan siri-siri konsert, kata syarikat itu lagi.

Beliau juga akan terus menjadi pengacara rancangan harian On Air With Ryan Seacrest di stesen KIIS-FM di Los Angeles dan Carta Top 40 Amerika. Selain itu, kata Clear Channel, Seacrest akan berperanan sebagai jurucakap kepada syarikat itu. – REUTERS

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: