Scherzinger Tak Sedia Nikah Lewis Hamilton

2 Dec

LONDON 1 Dis. – Nicole Scherzinger (gambar) belum bersedia untuk berkahwin dengan teman lelakinya yang juga pelumba kereta Formula 1 (F1), Lewis Hamilton kerana mereka merasakan ‘sangat bahagia’ dengan keadaan sekarang.

Ditanya sama ada dia mempunyai rancangan untuk berumahtangga dengan Lewis, Scherzinger menyatakan: “Tiada… Maksud saya, buat masa ini kami bahagia dengan keadaan sekarang.”

Bintang kumpulan pop Pussycat Dolls itu turut mendedahkan yang dia tidak bimbang ketika menonton perlumbaan F1 berkelajuan tinggi yang melibatkan kekasihnya itu.

Menurutnya, agak sukar untuk dia membayangkan perasaan memandu Lewis kerana tidak ada perkara untuk membandingkannya.

“Saya memiliki Mercedes tetapi tidak memandu dengan laju.

“Namun saya sangat menyokong Lewis dan kariernya malah sangat bangga dengan pencapaiannya. Saya akan sentiasa menjadi peminat nombor satunya,” kata Scherzinger dalam wawancara dengan majalah heat.

Walaupun mereka sangat berbakat dalam bidang masing-masing, bintang pop berusia 32 tahun itu menyatakan Lewis lebih pandai memasak berbanding dirinya. – AGENSI

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: