Super Something Sinonim Dengan LIBRESSE

2 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
  

Masih ingatkah anda iklan penjagaan kebersihan wanita, LIBRESSE di kaca televisyen? Dibintangi penghibur terkenal, Adibah Noor, pasangan adik beradik, Pamela dan Vanessa Chong serta penyanyi, Yunalis Zarai. Kreatif dan menarik sekaligus menjadikan Libresse cepat dikenali dalam pasaran.

Lagu gubahan Yuna, Super Something turut menjadi siulan dan bergerak seiring dengan jenama antarabangsa ini.

Menurut Pengurus Pemasaran SCA Hygiene Malaysia Sdn Bhd, Faye Yong, Libresse  ingin mendekati wanita muda menerusi muzik kerana pihak mereka percaya cara ini adalah yang terbaik memandangkan muzik sangat diminati oleh generasi masa kini.

“Kami percaya kebanyakan wanita muda dapat menghayati lirik dan kami yakin ia akan memberi inspirasi kepada mereka untuk mencapai potensi sebenar mereka dengan yakin.

“Kami di Libresse sentiasa melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza kerana kami rasa ini membuat jenama kami lebih istimewa dan diingati.

“Secara keseluruhan, kami menerima 1600 penyertaan dan 136,000 undi. Ini mendorong kami untuk membawakan lebih banyak pengalaman unik kepada pengguna kami tidak lama lagi,” ujarnya yang terharu dengan sambutan luar dugaan yang diberikan kepada peraduan ini.

 

Pada majlis khas yang diadakan di Laundry, The Curve ini juga melihat 20 gadis bertuah yang dicalonkan sebagai finalis dapat melihat diri mereka dalam video muzik yang diterbitkan khas sempena Peraduan Video Muzik Libresse, Be Super, Be A Star.

Peraduan ini dianjurkan dari 28 Mei hingga 31 Julai di mana peserta dikehendaki mengambil gambar diri sendiri atau bersama rakan yang memperlihatkan kehebatan mereka untuk merebut hadiah bernilai RM18,500.

Pada majlis tersebut, para jemputan telah ditayangkan dengan video muzik Libresse, ‘Super Something’ hasil ciptaan penyanyi dan penulis berbakat besar iaitu Yuna.

Pemenang hadiah utama, Azira Nur Bt Anhar menerima wang tunai bernilai RM 5000 manakala Ilya Nabilah memenangi RM 3000 sebagai hadiah kedua.

Pemenang tempat ketiga, Siti Alia Aisyah Omar membawa pulang RM 2000 manakala tujuh belas pemenang hadiah saguhati menerima RM 500 setiap seorang. Semua finalis turut menerima hadiah rangkaian lengkap produk Libresse.

FOTO oleh NOORADZRENE MOHD NOOR

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: