Tiada Niat Mahu Aib, Waris P.Ramlee Tak Pernah Terima Royalti

2 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
  

Itulah yang disuarakan kepada media sewaktu Majlis Penyampaian Royalti Siri Warisan P.Ramlee On Coin. Menurut anak sulung Nasir P.Ramlee, Gurlina Nasir, 39, sepanjang hidupnya inilah pertama kali ada pihak yang tampil memberikan royalti hasil daripada sumbangan datuknya kepada industri filem tanah air.

Menerima RM50,000 daripada KLMINT menerusi Yayasan P.Ramlee, Gurlina yang ditemani adiknya, Gurnarisasca Nasir, 33, berharap bantuan seumpama ini dapat membantu waris seniman agung itu yang ingin melibatkan diri dalam dunia seni.

Dia juga menafikan tuduhan membelakangkan ibu tirinya, Suria yang mendakwa tidak dapat menikmati sebahagian daripada hasil royalti yang diterima. Suria merupakan bekas isteri ketiga allayarham Nasir.

“Perkara ini sensitif dan tak sepatutnya dibicarakan di sini. Saya tiada niat untuk mengaibkannya atau membuka aib keluarga. Kami juga belum ada kata putus bagaimana mahu membahagikan sumbangan kepada tujuh cucu P.Ramlee.

“Sebenarnya tak pernah timbul isu kami membelakangkannya kerana selama ini kami tak pernah menerima apa-apa bayaran royalti. Malah dia sebenarnya yang membelakangkan kami dan menikmati bayaran royalti sewaktu ayah masih hidup.

“Kami tak pernah buka mulut mengenainya dan saya sendiri tak tahu bagaimana untuk menuntutnya. Apa yang dituduh Suria tidak betul,” luahnya kesal dengan tindakan terbabit.

KLMINT Kenang Jasa Ikon Seni

Bermula sebagai syarikat pengeluar duit syiling, Ketua Pegawai Eksekutif, Osman Abdullah menegaskan idea bermula tatkala dia terlihat ruang untuk menghasilkan syiling kenang-kenangan, sesuatu yang jarang dilakukan untuk mengenang jasa tokoh negara.

“P.Ramlee menjadi pilihan saya kerana allahyarham merupakan warisan negara yang tak ternilai harganya. Impak kejayaannya merangkumi bidang muzik dan filem. Sebagai peminat, saya mahu lakukan sesuatu untuk menghargai jasanya dan muncullah P.Ramlee On Coin,” ujar Osman yang turut menyumbangkan RM50,000 kepada Karyawan.

Bagi Freddie Fernandez pula, penghormatan sebegini selayaknya dihadiahkan kepada seniman agung yang banyak berjasa kepada negara. Baginya walaupun P.Ramlee sudah tiada, namun karyanya masih hidup sehingga kini.

P.Ramlee On Coin menawarkan syiling tembaga berharga RM50, syiling perak berharga RM250 dan juga set syiling (tembaga, perak dan emas) dengan harga RM3500. Sehingga ke hari ini, sambutan ke atas syiling peringatan P.Ramlee mendapat maklumbalas yang cukup memberansangkan.

Allahyarham Shamrin Fotograf antara artis yang banyak membantu mempromosikan P.Ramlee On Coin.

FOTO oleh JEFFRI IRAN

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: