Anita Sarawak Tinjau Rumah Mewah

3 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
  

Baru-baru ini difahamkan diva Anita Sarawak sibuk meninjau beberapa rumah mewah di beberapa lokasi tertentu. Bukan itu saja, diva ini juga berpeluang menikmati pelbagai keunikan dan kemewahan pemilik seperti menaiki kapal layar, bot laju dan kereta mewah Ferrari dan Lamborgini.

Rupanya diva yang lebih mesra disapa Kak Nita ini bakal menggalas tanggungjawab sebagai pengacara Astana yang memaparkan beberapa rumah mewah di Malaysia yang didiami oleh rakan-rakannya sendiri termasuklah selebriti, seniman, kerabat diraja dan ahli perniagaan.

Menurut pengurus saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, pemilihan Kak Nita amat bertepatan dengan konsep dan kehendak program ini. Selain statusnya sebagai penghibur antarabangsa, dia mempunyai personaliti terbaik, bercitarasa tinggi dan elegan serta sifatnya yang mudah mesra.

“Program ini bertujuan memberi inspirasi kepada orang ramai. Sukar untuk merealisasikannya kerana orang Malaysia tak suka menunjuk-nunjuk, namun hubungan rapat Kak Nita dengan pemilik rumah mewah ini telah memudahkan kami. Mereka selesa dengan Kak Nita. Astana akan memaparkan rumah Linda Onn, Datuk Yusuf Haslam dan Datuk Chef Wan,” katanya.

Sementara itu, bagi diva popular ini pengalaman menarik yang dikongsi menambahkan motivasi dalam diri untuk melakukan yang terbaik dalam setiap aspek kehidupan. Tidak mahu cepat berpuas hati, pelantun lagu Bawalah Daku Pergi ini yakin Astana bakal membawa perubahan positif dalam pemikiran penonton.

“Kak Nita hormat dengan cara hidup mereka, walaupun mewah namun mereka masih gigih bekerja dan terus berusaha mengumpul kejayaan. Sebenarnya kebanyakan mereka tak mahu menunjukkan kemewahan namun Kak Nita tegaskan program ini hanya untuk berkongsi dan memberi inspirasi kepada yang lain untuk melakukan yang terbaik.

“Astana bukan sahaja menunjukkan kemewahan, namun sisi cerita yang berbeza turut ditonjolkan. Kisah permulaan hidup sehingga berjaya memiliki kekayaan turut dipaparkan,” ujarnya yang bakal muncul dalam Kau Dan Aku.

Program tajaan Pensonic ini terbahagi kepada tiga segmen menarik antaranya citarasa rekabentuk dan hiasan dalaman serta gaya hidup mewah yang menjadi pilihan pemilik dan ahli keluarga. Astana akan meninjau kemewahan dan citarasa eksklusif pemilik pada setiap Ahad, jam 7.30 malam bermula 12 Disember menerusi Astro Ria (saluran 104).

FOTO oleh SHAHRIL AZMAN BIN MOHD ZAIN

Mangga Online

One Response to “Anita Sarawak Tinjau Rumah Mewah”

  1. fadhilah December 6, 2010 at 11:07 pm #

    tak sabar menunggu rancangan tersebut pasti pemilihan anita sebagai host rancangan tepat sekali

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: