Pilih Kasih 2: Rosyam Langgar Polisi Realiti

3 Dec

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Rosyam Nor terpaksa melanggar etika lazim program realiti demi memberi peluang kepada pelakon program realiti Pilih Kasih 2 terbitan syarikatnya Suhan Movies mendapat pendedahan meluas dan cepat dikenali.

Kalau program realiti lain tidak boleh didekati media semasa program berlangsung. malah mereka tak boleh berhubung dengan dunia luar, lain pula situasi pelakon Pilih Kasih 2. Rosyam memberi jaminan membenarkan media masuk untuk menjalankan tugas mereka.

“Pilih Kasih bukan program yang dilesenkan dari luar negara sebaliknya program ciptaan kami sendiri, jadi kami tidak terikat untuk membuat rombakan mengikut kesesuaian kami. Saya tidak akan menyekat mereka daripada mendapat liputan media. Malah itulah yang saya mahukan.

“Program realiti lakonan tidak sama dengan realiti nyanyian. Peserta realiti nyanyian, akan dapat peluang untuk mengadakan persembahan selepas program mereka tamat. Tapi pelakon dalam realiti lakonan akan melalui situasi yang berbeza.

“Mereka belum pasti akan mendapat tawaran menjadi pelakon utama dengan mana-mana produksi. Jadi mereka perlukan pendedahan yang lebih untuk menonjolkan diri,” kata Rosyam dalam sidang media memperkenalkan barisan peserta akhir program itu baru-baru ini.

Rosyam menganggap program itu hanya sebagai tapak untuk mereka mendedahkan diri. Sama ada mereka berjaya atau hanyut selepas program tamat, bergantung kepada diri mereka sendiri.

“Saya tak mengharapkan kesemua peserta ini akan menjadi pelakon berjaya suatu hari nanti. Kalau ada empat atau lima orang yang mendapat tempat saya anggap program ini sudah berjaya,” katanya lagi.

Rosyam akui sangat mengharapkan kerjasama semua pihak termasuk penaja utama TM, penyiar rasmi RTM dan pihak media bagi membuka peluang kepada wajah-wajah baru ini. Apatah lagi merekalah syarikat pertama yang menghasilkan program realiti. Sebelum ini program realiti diterbitkan oleh stesen televisyen.

Jangan lupa diri

Rosyam juga sentiasa menekankan kepada bakal bintang baru yang mereka lahirkan untuk sentiasa menjaga disiplin dan jangan mudah lupa diri bila mendapat tempat dalam industri.

“Saya sendiri pernah memandu van semasa nama saya dikenali dan saya tak ada rasa malu pun. Saya harap mereka juga tidak mudah lupa diri apabila nama semakin dikenali,” katanya.

Rosyam juga menyentuh isu pelakon wanita Pilih Kasih yang bermasalah dengan sebuah produksi apabila menarik diri pada saat-saat akhir.

“Itu sebab dia lupa dirilah tu!” kata Rosyam merujuk kepada perilaku pelakon yang pernah meraih undian tinggi dalam Pilih Kasih musim pertama.

Pilih Kasih bersiaran di TV2 dengan Reza Muhamad sebagai pengacara utama Pentas Pilih Kasih (Setiap hari Sabtu mulai 11 Disember dan Eisya pula bertindak selaku pengacara Kisah Pilih Kasih (Isnin-Jumaat, mulai 29 November, pukul 4.30 petang).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: