SOSEHSOSEH: Kisah Artis Dan PA

3 Dec

TUGAS pengurus atau pembantu peribadi (PA) sangat penting dalam memastikan kerjaya seseorang artis berjalan lancar. Mereka (PA) bukan hanya bertanggungjawab menguruskan ‘showbiz’, tetapi bagaikan penentu hala tujuh artis itu.

Jika mereka berpengalaman dan tahu selok-belok dunia hiburan pastinya ia menjadi kelebihan kepada artis itu.

SS pasti ramai di kalangan artis tempatan yang melantik PA untuk membantu urusan harian mereka. Tidak hanya membabitkan urusan kerja, malah ada di kalangan artis itu kadang kala melantik PA untuk urusan seperti menghantar pakaian ke dobi, memesan makanan atau menjaga semua keperluan artis itu. Umpamanya hubungan PA seseorang artis itu bagai isi dengan kuku atau gigi dan lidah.

Kadang kala ada juga SS dengar mengenai sikap PA yang bermasam muka dengan artis A manakala artis B bengang dengan PA itu disebabkan perkara tertentu. Begitupun, seelok-eloknya apa saja masalah yang membabitkan mereka diselesaikan dengan cara diplomasi dan berhemah.

Begitupun, apa yang SS hairan ada juga di kalangan artis tempatan yang menyalah gunakan khidmat PA. Ada segelintir artis juga berlagak mengupah PA walaupun dikatakan masih ‘hijau; dalam dunia seni. SS dapat tahu seorang pelakon baru yang cantik ini melantik seorang PA untuk menguruskan kerjayanya dalam dunia seni. Kalau ikutkan artis berkenaan memang berbakat dalam bidang seni.

Baru dua tahun bergelar anak seni sudah beberapa kali artis berkenaan bertukar PA. SS tidak tahulah sama ada artis itu yang bermasalah atau PA artis itu yang tidak betul. Kalau sudah semua perkara yang orang lain lakukannya tidak kena apa maknanya itu? SS tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Pandai-pandailah menilai.

Tiada ada salahnya pada SS untuk melantik PA untuk membantu urusan harian mereka. Namun jangan sampai tidak mampu membayar gaji PA itu sudahlah. Ibarat pepatah ukur baju di badan sendiri. Jika berkemampuan tak salah melantik seseorang sebagai pembantu. Kalau pembantu itu terdiri daripada rakan terdekat atau keluarga bertambah mudah kerja artis itu. Jika sebaliknya, sudah tentu ia mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri. Maklum sahajalah zaman sekarang ini memang sukar mencari orang yang boleh dipercayai. Tambah lagi bergelumang dalam dunia glamor.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: