Eisenberg Tak Main Fb

4 Dec

NAMA aktor Hollywood, Jesse Eisenberg masih kurang dikenali di negara ini berbanding Mark Wahlberg atau Robert Pattinson.

Walaupun sudah membintangi pelbagai filem antaranya Roger Dodger (2002), Cursed (2005) dan Zombieland pada tahun lalu, lakonannya masih belum menyerlah.

Namun, dengan kemunculannya menerusi filem baru, The Sosial Network, dia mula meraih perhatian meluas daripada penonton di seluruh dunia. Ini semua gara-gara kerana, watak utama yang dilakonkan kali ini merujuk pada kisah pengasas laman sosial terkenal, Facebook (fb), Mark Zuckerberg.

Katanya, dia mendapat respons positif penonton terhadap filem ini termasuk Zuckerberg sendiri yang menyatakan lakonannya dijayakan dengan berkesan.

Berdasarkan maklumat daripada sepupu Eisenberg yang bekerja di satu laman sosial, Zuckerberg menyewa sebuah pawagam khas untuk membolehkan pekerjanya menonton filem berkenaan dan selain majlis koktel.

Filem berkonsep biografi ini diarahkan David Fincher dan dijayakan bersama pelakon Rooney Mara, Bryan Barter, Dustin Fitzsimons dan Joseph Mazzello. Ia sudah ditayangkan di Malaysia sejak 2 Disember lalu.

Dalam satu temubual bersama media antarabangsa, Eisenberg akui dia sendiri tidak menggunakan fb dalam kehidupan sebenar, tetapi tidak terkejut dengan kejayaan filem itu yang mencatat sambutan menggalakkan.

“Saya melihat watak ini sebagai satu peluang. Perkara pertama yang saya fikirkan ketika mendapat skrip Aaron Sorken adalah mengetahui siapa itu Zuckerberg.

“Selepas itu saya berusaha melihat rupa dan video mengenai beliau di Internet untuk menambah karakter yang saya lakonkan agar menjadi lebih realistik.

“Saya tidak rasakan berlakon filem ini adalah satu tekanan. Saya anggap filem ini memberi peluang terbaik untuk saya menismba lebih banyak pengetahuan mengenai watak berbanding menggambarkannya secara fantasi.

“Pada saya, filem ini adalah drama mengenai manusia. Menerusi latar belakang fb, ia menggambarkan sesuatu yang diterokai dan digunakan ramai.

“Begitu juga, di sebalik pembikinan fb, ia diolah secara mendalam. Plot bermula di Harvard dan selepas empat tahun berlalu wujud dua kes tuntutan mahkamah terhadap dua rakan karib iaitu Zuckerberg dan Eduardo Saverin yang mencipta laman sesawang bersama ketika berada di bilik asrama mereka.

“Dari situ, ia kemudian berkembang menjadi popular dan kisah mereka ini menjadi tarikan pada filem ini. “Ironinya, mereka mencipta laman sosial yang menyatu ramai penduduk di seluruh dunia berbanding persahabatan sebagai rakan karib,” katanya.

Berkongsi pengalaman berlakon filem dan drama, Eisenberg akui pengalaman kali ini suatu yang unik. Aktor berasal dari New York, Amerika Syarikat ini juga abang kepada aktres Hallie Kate Eisenberg pernah membintangi beberapa drama bersiri sebelum ini seperti Get Real (1999). “Filem mengenai fb ini juga unik kerana plot bermula pada Zuckerberg yang menuntut di Harvard ketika berusia 19 tahun. “Empat tahun selepas itu, dia berdepan dengan tuntutan saman dari dua organisasi berbeza. Plot ini sebenarnya membawa keunikan sendiri berbeza dengan filem lain,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: