Lagi Kisah Lelaki Tukar Jantina

4 Dec

BARU saja filem 2 Alam muncul dan sebuah lagi belum ditayangkan iaitu … Dalam Botol, sudah terbit sebuah drama TV yang mengutarakan konflik yang seakan-akan serupa.

Melalui drama berjudul Di Pintu Barzakh yang akan ke udara di RTM 1 malam ini, Sabtu, penonton akan disajikan dengan kisah seorang lelaki yang menukar jantina. Ia lakonan Anding, Safura Yaacob dan Sahronizam.

Bagaimanapun keadaan manusia seperti itu apabila dia di ambang maut dan kemudian jenazahnya hendak diuruskan? Ia bermula apabila seorang pondan yang menjalani pembedahan, Lisa (nama asalnya Alias) ketika berada di dalam koma akibat cedera parah selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya.

Awalnya Lisa dalam perjalanan untuk keluar negara atas urusan ingin berkahwin dengan lelaki idamannya, Badrol.

Insiden yang menimpa Lisa itu benar-benar mengejutkan kedua ibu bapanya, Rahman dan Salmah. Mereka jadi keliru. Apakah Lisa adalah Alias dan sebaliknya? Adakah itu satu-satunya anak lelaki mereka yang pernah lari meninggalkan rumah lima tahun lalu selepas dibelasah? Ketika Rahman dan Salmah berperang dengan kemelut untuk memastikan sama ada anak mereka itu lelaki atau perempuan, Lisa yang koma pula berperang dalam diri sendiri. Alias bertegas mengatakan Lisa adalah dirinya seorang lelaki manakala Lisa pula mendakwa jiwa dan perasaannya adalah perempuan. Mereka saling menyalahkan. Malah, Alias sendiri sebenarnya tidak setuju apabila Lisa mengambil keputusan untuk ke Jerman untuk melakukan pembedahan jantina demi mengejar ‘cinta’ seorang lelaki. Rahman tidak menduga sejauh itu Alias sanggup bertindak. Dia bukan saja malu dengan apa yang telah dilakukan Alias, malah mula memikirkan bagaimana andai Alias meninggal dunia. Bagaimanakah jenazahnya akan diuruskan kelak – dengan cara lelaki atau perempuan? Adakah Lisa akan dikebumikan sebagai lelaki atau pun wanita? Saksikan kesudahan drama kontroversi ini kaca TV1 malam ini. Pastinya, drama ini menjadi cabaran yang hebat buat pelakonnya, Anding yang sebelum ini terkenal dengan siri Hotel Mania.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: