SOSEHSOSEH: Artis Lelaki Tenyeh Gincu

4 Dec

BARU-baru ini, SS ikut seorang rakan menjayakan sesi fotografi artis. Seronok juga sesekali dapat bekerjasama dengan kawan-kawan, pasti suasana jadi meriah. Bagaimanapun, sebaik saja melihat gerangan artis yang mahu di temu bual itu, SS terus menarik diri.

Bukan apa, SS terkejut apabila melihat gayanya. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, penampilannya kira boleh tahanlah. Cuma yang paling SS pelik gincu merahnya. Yang kelakarnya, artis itu lelaki. Kalau dia tu perempuan, SS memang tak kisah. Jika nak bagi bibir nampak lembab dan berseri, sapu sajalah dengan pelembap bibir. Tak payahlah bergincu sakan.

Jangan main belasah saja sehingga boleh jadi bahan ketawa orang lain. Justeru, daripada SS ketawakan artis itu, lebih baik SS mengundur diri. Pada SS, bersolek memang sangat penting kepada artis untuk penampilan tetapi biarlah berpada-pada.

Apapun, SS tidak bermaksud memperlekehkan artis itu, namun sekadar memberi nasihat. Jika si artis fikir ia teguran baik, terimalah dan kalau sebaliknya, abaikan saja. SS tahu ramai artis baru kini berlumba-lumba mencari identiti tersendiri demi peminat.

Maka, tidak dinafikan banyak idea pelik boleh timbul termasuk mengenakan gincu merah menyala. Bukan tak cantik, tetapi warna itu memanglah tidak kena dengan artis itu. Ada orang yang sesuai pakai baju warna merah tetapi tak naik seri kalau pakai baju warna putih, biru atau hijau.

Tambahan pula sebagai artis, penampilan amat penting sekali. Jangan syok sendiri. Kalau salah solek, macam badut sarkislah jadinya.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: