SOSEHSOSEH: Hadiah Roslan Shah Lesap

4 Dec

KALAU hendak buat jahat pun janganlah pada majlis hari jadi kawan sendiri.

Kalau teringin sangat pun, janganlah mencuri, cuba minta dengan cara baik. Malulah sikit. Esok atau lusa akan bertembung juga. Tetapi SS yakin yang kulit muka orang itu tebal. Kalau tidak, masakan dia sanggup mencuri hadiah hari jadi kawannya itu.

Perkara ini berlaku ketika Roslan Shah meraikan hari jadinya yang ke-40 tahun, baru-baru ini. Tersangatlah meriahnya dengan hampir 300 tetamu yang datang termasuk rakan artis. Bagaimanapun, di sebalik kemeriahannya itu, hadiah pemberian penyanyi dan juga pelakon, Farahdhiya hilang.

Selepas majlis berakhir, Roslan pun mintalah kawan-kawan yang membantu melancarkan acara pada hari itu angkut semua hadiah pemberian rakan artisnya dan tetamu yang lain ke keretanya. Oleh kerana percayakan kawan-kawan, Roslan pun tidaklah memeriksanya satu persatu. Bagi Roslan, takkan kawan sendiri sanggup mengkhianatinya. Lagipun, buat apa berkawan kalau saling tidak percaya. Sejurus sampai di rumah, selepas mandi dan berehat seketika, dia pun membuka hadiahnya. Namun dia perasan bungkusan hadiah dengan pembalut warna merah pemberian Farahdhiya, tiada di situ. Puas jugalah dia mencari tetapi bayang pun tak nampak. Lalu Roslan terus menghubungi Faradhiya untuk mengetahui apa isinya. Sebagai tanda ingatan buat sahabat baiknya itu, Faradhiya membelikan Roslan gelang tangan dan tali leher. Tetapi Roslan syak hadiah itu sudah dicuri orang. Bagaimanapun, Roslan malas hendak menuduh siapa yang panjang tangan itu. Pun begitu, siapa yang termakan cili, pasti terasa pedasnya. Bila tak jemput, nanti dikatakan Roslan dah mula menyombong dan lupa diri tetapi bila dijemput, macam itu pula jadinya. Sabarlah Roslan, sesungguhnya setiap perbuatan jahat itu pasti akan mendapat balasannya nanti. Yang penting, setiap kali Roslan mengadakan sambutan hari jadi, jumlah penajaannya bertambah. Tahniah.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: