Berapa Lagi Macam Eman?

5 Dec

Sitijarum

SITI rasa kerdil sangat apabila baca mengenai Eman Manan dalam Utusan Malaysia baru-baru ini. Siti rasa kerdil kerana Eman meletakkan maruah di tempat pertama sebelum duit. Ini kerana tidak banyak orang terutama dalam dunia hiburan yang sanggup menjulang maruah.

Yang banyak adalah sanggup pijak maruah, prinsip dan jati diri sendiri kerana memburu duit. Produser filem buru duit, pengarah filem pun buru duit juga. Pelakon juga memburu duit, bukan sekadar meneruskan hidup tapi hidup yang mewah, kaya raya dan tidur atas duit.

Maka apabila Eman memilih hidup ‘miskin’ kerana duit yang datang kepadanya seolah mahu membeli maruahnya, itulah nilai kehebatan sebenarnya. Ada orang kata, dalam dunia hiburan kita hanya orang yang ‘tak betul’ yang menolak duit. Tapi Siti percaya masih ada yang waras. Salah seorangnya adalah Eman.

Eman menolak tiga tawaran. Siti percaya semua itu bertolak daripada keengganan Eman menyekutukan diri dengan filem-filem yang biul dan sasau. Dia tidak mahu dikenali sebagai pelakon filem biul, pelakon lain okey saja.

Dalam kamus hiburan kita, Eman tidak pandai memasarkan dirinya. Dia tidak menjaja sekian banyak kisah cinta kepada orang. Dia tidak menayangkan kereta mewahnya macam orang MLM berdiri di tepi kereta mewah. Eeee…gelinya.

Berapa banyak pelakon macam Eman yang mengakui tidak ada duit banyak? Yang selalu Siti jumpa, katanya projek datang berduyun-duyun padahal habuk pun tak ada. Jangan kelentonglah, segala gerak geri industri filem dan muzik dalam kocek Siti saja. Tak payahlah kalau ada artis wanita nak kelentong hasil ‘titik peluh’ dia beritahu media yang hobinya sekali keluar shopping habis berpuluh ribu ringgit.

Tak banyak pelakon kita yang baca skrip dulu baru bagi jawapan. Yang banyak terus bagi jawapan dan tanya berapa upahnya. Dia orang ini kalau baca skrip seratus kali sekalipun, berlakon macam itu juga. Tapi ada sesetengah individu di stesen televisyen juga agak sasau, pelakon mesti popular walaupun hanya jual muka.

Ada pengarah dan produser pula bukan membuat filem tapi ‘menjual manusia’. Mereka cari perempuan-perempuan cantik dan menjualnya. Tapi dia orang ini mana sedar dia orang kena jual. Mereka tahu glamor saja, padahal kena jual dek tauke filem.

SITI JARUM: Nak jadi tauke tilam

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: