Dik, Kerja Awak Belajar

5 Dec

Sitijarum

SITI ada terbaca tentang seorang pelakon baru berusia 15 tahun. Dia ikat kontrak dengan sebuah syarikat filem kemudian menggelepar nak batalkan perjanjian itu. Dia juga mendakwa si produser pilih kasih dan ada skandal dengan salah seorang pelakon.

Siti tak berminat tentang hal skandal itu. Kalau benar pun bukanlah luar biasa, dia tak perlu bagi tau orang pun hal itu. Siti sangat terharu melihat seorang remaja usia 15 tahun terjun dalam lubuk yang sangat bahaya ini. Siti tak tahu apakah yang dia cari? Siti juga tak tahu apakah yang dia faham tentang dunia yang dia ceburi pada usia sementah itu? Siti juga tahu apakah yang bermain di fikiran keluarganya yang melepaskan remaja perempuan usia 15 tahun jadi pelakon filem.

Dia baru di tingkatan tiga. Usianya sepatutnya dihabiskan di sekolah, perpustakaan, bertemankan buku dan menjalani kehidupan awal remaja dengan tenang. Remaja seusianya bukanlah sesuai untuk bergelumang dengan hanyir lubuk yang penuh buaya itu.

Siti fikir pelakon remaja ini terlalu mentah dan tidak sepatutnya dibiarkan dia menjadi mangsa dunia selebriti yang menelan kemanusiaan. Kalau benar dakwaannya dianiaya atau dianaktirikan, itu adalah secebis kecil realiti yang terlindung dalam dunia artis kita. Banyak lagi, dik.

Kalau Siti berpeluang bertemunya, Siti akan kata, baliklah ke sekolah. Belajar dulu sementara usia muda dan ada banyak peluang menuntut ilmu. Otak pula masih segar menerima ilmu. Tak perlulah berkorban meninggalkan gedung ilmu semata-mata nak jadi artis.

Sementara langkah masih belum jauh, ‘kemanisan’ palsu dunia hiburan belum dihirup sepenuhnya, undurlah langkah. Tak rugi apa-apa pun kalau tak popular. Nak buat apa popular kalau awak sama saja dengan dia orang? Nak julang piala pelakon terbaik? Lupakahlah ia tak ada nilai apa-apa pun.

Kepada keluarganya, Siti akan berpesan, jagalah remaja secantik dia dengan menuangkan ilmu yang banyak. Biarlah dia terseksa kerana menuntut ilmu daripada terseksa kemudian hari kerana karam dalam lubuk yang penuh buaya. Remaja itu terlalu muda untuk membezakan realiti dan mimpi. Jadi, tolonglah pandu mereka.

SITI JARUM: Siti di alam fantasi.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: