Asal Hati Bahagia

8 Dec

BAGI Siti Fatimah Abd Rani, 35, usia bukanlah halangan untuk dia meneruskan minatnya dalam bidang seni.

Dia biarkan saja apa orang hendak kata, asalkan hatinya bahagia. Penyanyi yang berasal dari Lumut, Perak itu, lebih senang memperkenalkan dirinya dengan nama Ikka Razman. Barangkali namanya belum begitu dikenali dalam arus perdana dunia hiburan namun dalam diam sudah 15 tahun dia mengabdikan diri dalam bidang seni. Ikka pernah menganggotai Kombo Gelombang Biru TLDM (Tentera Laut Diraja Malaysia) selama tujuh tahun sebagai penyanyi utama serta banyak menyertai pertandingan nyanyian. “Sejak kecil saya minat menyanyi dan kegemaran itu saya teruskan sehingga sekarang. Meskipun, mungkin sukar untuk saya bersaing dengan artis popular sedia ada namun saya ada kelompok peminat tersendiri. “Bagi mengasah lagi bakat saya dalam bidang nyanyian saya menyertai banyak pertandingan menyanyi yang diadakan di seluruh negara. Dalam mengejar cita-cita saya sebagai penyanyi, keluarga banyak memberi dorongan dan sokongan,” katanya.

Ikka pernah bergelar Juara Pertandingan Lagu Raya Klasik Nasional (2010), Juara Nyanyian Kajang Idol (2010) dan finalis Pertandingan Nyanyian Aje Lah KLFM (2010). Pertandingan lain yang pernah disertainya, Pertandingan Bintang Klasik Nasional Zon Kuala Lumpu (2010) dan Pertandingan Pencarian Juara KLKL KLFM (2009). Perkembangan terkini, Ikka baru saja muncul dengan single berjudul Hawa, lagu ciptaan Rosli Ahmad. Mengerti keadaan sekarang yang tidak begitu mengizinkan penerbitan album penuh memuatkan 10 lagu, Ikka sudah cukup bersyukur dengan lagu single itu.

“Dapat juga suara saya didengar peminat muzik menerusi radio. Saya buat single ini pun bukan niat untuk bersaing namun demi kepuasan sendiri. Bagi saya, mereka yang bergelar penyanyi perlu ada lagu sendiri. “Lagu Hawa menceritakan mengenai kaum wanita yang sering kali menjadi mangsa insan yang bernama lelaki. Wanita adalah kaum yang lemah dan amanah Allah s.w.t yang perlu dijaga.

“Saya berharap peminat dapat menerima lagu itu yang berentak balada. Selain tradisional dan balada, saya juga boleh menyanyikan rentak lagi lain kerana sebagai penyanyi yang selalu membuat persembahan di tempat terbuka, saya mesti kreatif dan menghafal semua jenis lagu,” katanya. Kepada yang ingin mengundang Ikka untuk membuat persembahan hubungi pengurusnya, Along di 012-6140406.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: