Jamal Bawa Suraya Di J2011 – Lagenda

8 Dec

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar FATAH SULAIMAN

J2011-LAGENDA merupakan konsert ketiga Jamal Abdillah yang bakal dipersembahkan di pentas berprestij Istana Budaya pada 7 hingga 10 Januari depan.

Menjanjikan persembahan yang terbaik, J2011- Lagenda terbahagi kepada dua segmen sepanjang persembahan yang berdurasi selama dua jam itu.

Pada segmen pertama, penonton bakal dibawa ke era lagu-lagu klasik yang menyaksikan Jamal menyanyikan lagu-lagu lama.

Ini termasuklah lagu-lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Datuk Ahmad Jais, Ismail Harun, S. Affendi, M. Bakri, Oslan Husin, Eddy Silitongga dan Yopie Latul secara orkestra.

Manakala pada segmen kedua pula penonton bakal dihiburkan dengan simfoni orkestra menerusi lagu-lagu popular Jamal yang jarang dipersembahkan oleh penyanyi itu di mana-mana persembahan pentas.

Selain dihiburkan dengan lagu-lagu legenda, peminat juga bakal mengalami pengalaman berbeza apabila atmosfera ruang pentas bakal dihiasi dengan teknik janaan imej dan cahaya berkonsepkan PANI daripada Austria.

Ini merupakan kali pertama di negara ini yang menampilkan konsep PANI dalam sesebuah konsert.

Tambah menarik, konsert tersebut turut menyaksikan kolaborasi Jamal bersama komposer tersohor, Ahmad Nawab dalam persembahannya.

Kehadiran Ahmad Nawab dengan tiupan saksafonnya pasti bakal menambah nuansa buat legenda sepanjang konsert tersebut.

Menariknya kehadiran Ahmad Nawab bukan hanya tampil dengan saksafonnya tetapi turut menyaksikan sebuah karya baru ciptaannya, Suraya dilagukan oleh Jamal.

Suraya merupakan lagu yang dicipta khas oleh Ahmad Nawab untuk konsert tersebut dan bakal dinyanyikan secara eksklusif kepada peminat yang hadir.

“Ini adalah hadiah Ahmad Nawab kepada saya. Malah, kehadiran beliau untuk konsert ini bagi saya satu anugerah yang tidak terhingga.

“Ini adalah seperti apa yang diinginkan peminat untuk melihat kami kembali bergandingan dalam sebuah lagu dan J2011-Lagenda menyaksikan kami bukan hanya berkerjasama dalam persembahan malah, ada sebuah lagu baru,” kata Jamal lagi.

Bagi Ahmad Nawab pula, konsert tersebut pastinya akan menyaksikan pertemuan kembali yang bukan hanya menghibur tetapi munculnya karya baru ciptaannya buat Jamal.

Menyedari kehadiran Ahmad Nawab dalam kebanyakan persembahannya begitu dinantikan oleh peminat, jelas Jamal, kali ini dia sendiri datang berjumpa komposer terkenal itu untuk sama-sama membuat persembahan.

“Alhamdulillah, Abang Mad tidak mengambil masa yang lama untuk berfikir.

“Setelah beberapa hari berbincang akhirnya kami saling menandatangani perjanjian untuk bekerjasama dalam J2011-Lagenda pada Januari nanti,” kata Jamal lagi.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: