Janice And The Supertank Intai Peluang

8 Dec

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN


GAYA TERSENDIRI… Janice And The Supertank membawakan konsep nyanyian tersendiri.

SEBUAH lagi kumpulan muzik dengan jalur nyanyian lagu-lagu Inggeris muncul mewarnai persada seni tanah air.

Nama Janice And The Supertank mungkin terlalu asing di halwa telinga peminat muzik tempatan sementelah ia baru sahaja ditubuhkan pada penghujung Mei lalu.

Diterajui oleh Janice sebagai penyanyi bersama empat lagi anggota lain Ramizu (dram), Mirza (bass), Grace (keyboard) dan Eu Jin (gitar), Janice And The Supertank yakin muzik yang dibawa mereka mampu memberi melodi tersendiri buat peminat mereka.

Biarpun pada peringkat awal. Ramizu yang bertindak sebagai ketua kumpulan memulakan misi pencarian di Internet hanya membuka peluang kepada penyanyi lelaki yang berkemampuan menyanyi, menulis lagu serta bermain alat muzik, anggota kumpulan itu sepakat untuk membawa nama Janice sebagai penyanyi utama.

“Kami memilih Janice kerana dia membalas komen di ruangan pencarian yang saya sertakan di Internet selain hampir memenuhi kriteria kami.

“Kami tertarik dengan jawapan Janice antara katanya walaupun dia tidak menepati kriteria yang dimahukan namun dia sebenarnya berkemampuan menyanyi, menulis lagu dan bermain muzik.

“Berdasarkan jawapannya kami mengambil keputusan memberi peluang kepada Janice untuk menunjukkan bakat yang ada padanya.

“Justeru, kami melihat nyanyiannya menerusi laman YouTube, Facebook dan juga MySpace dan sememangnya Janice mempunyai suara yang unik,” kata Ramizu.

Janice adalah pemenang persembahan solo terbaik tempatan bagi Malaysia’s BOH Cameronian Arts Awards 2007 dan pemenang pertandingan lagu terbaik dalam Battle Of The Band 2005.

Janice And The Supertank tampil dengan tiga single sebagai pasport untuk mereka memperkenalkan diri iaitu And You Know It, Kau Di Mindaku (versi And You Know It dalam bahasa Melayu) dan Lottery.

Menurut Janice, sehingga kini promosi yang cukup kuat dilakukan dalam laman Facebook mendapat maklum balas yang memberangsangkan.

“Biarpun lagu-lagu kami sudah dirakamkan enam bulan lalu tetapi sehingga kini peluang untuk Janice And The Supertank menembusi saluran-saluran radio masih belum tercapai.

“Kami tidak kecewa kerana mungkin setakat ini promosi yang kami buat menerusi Facebook masih belum mencukupi.

“Sebab itulah kami rasa perlu juga sokongan daripada pihak media

untuk membantu menguar-uarkan kepada pendengar tentang lagu-lagu kami,” kata Ramizu mewakili rakan-rakannya.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: