Sarimah Terpengaruh Fesyen Jepun

8 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
  

Muncul comel dan bertenaga, Sarimah berpenampilan baru menerusi rancangan kelolaannya 1.2..3… tukar! Jauh berbeza dengan imejnya sebelum ini, Sarimah mengakui terpaksa menjelajah ke Jepun, Hong Kong dan Thailand demi memenuhi tuntutan fesyen yang terbit dalam dirinya.

Menolak imej seksi sesuai dengan peningkatan usia, bagi Sarimah fesyen dan budaya selalunya berkiblatkan Barat.

“Saya menukar gaya rambut dan fesyen untuk program terbaru Astro berjudul 1.2..3… tukar!. Program ini berkisarkan impian dan saya bertanggungjawab mengubah penampilan peserta dan menunaikan harapan mereka. Saya akan muncul bersama Fitri yang ditugaskan sebagai perunding imej dan kami mempunyai van sendiri.

“Imej ini diinspirasikan daripada pengalaman saya di Jepun. Banyak budaya menarik dan pelik di sana yang kebanyakannya mengenai kegembiraan. Jika kita lihat program mereka, semuanya ceria dan penuh bertenaga dan itu yang cuba saya bawa dalam program terbaru ini.

“Saya try mix and match fesyen Jepun yang sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia. Selalunya kita lebih melihat fesyen di barat yang kebanyakannya seksi. Apa salahnya jika kita alihkan pandangan dengan melihat fesyen masyarakat Asia yang dekat dengan budaya kita,” ujarnya yang menggemari fesyen Harajuku.

Mahu Terbit Program Berbentuk Keislaman

Kerjaya yang dititi selama ini dijadikan bekal dalam membentuk syarikat produksi sendiri. Tidak mahu hanya tersekat di takuk lama, wanita kacukan Malaysia-Irish ini menubuhkan Sarimah Production Sdn Bhd dan bakal muncul dengan program terbitannya sendiri.

“Saya impikan program berbentuk kebudayaan dan sejarah Malaysia. Dan kalau diizinkan saya mahu menerbitkan rancangan yang seakan Oprah. Untuk projek pertama, saya akan menerbitkan sejarah Keretapi Tanah Melayu (KTM).

“Dan tentunya saya amat tertarik untuk terbitkan program yang berunsurkan keislaman. Selalu kita lihat program Islam banyak menjurus kepada ibadah haji, kaabah dan jarang sekali difokuskan mengenai personaliti individu Islam.

“Perkara ini amat menarik bagi saya kerana selalunya Islam pasti akan dikaitkan dengan orang Arab. Jarang ada yang fokus kepada bangsa lain. Dan mengikut pengalaman saya, setiap kali melancong ke luar, pasti ada yang terkejut apabila mengetahui saya seorang Islam.

“Ibu saya berbangsa Irish dan dia juga Islam. Islam sebenarnya tersembunyi di sebalik label jahat yang tersebar dalam media dan membuatkan masyarakat dunia berfikiran sempit mengenai Islam.

“Saya mahu gunakan kelebihan sebagai pengacara dan penerbit untuk menerbitkan program yang menonjolkan masyarakat Islam di dunia dan tidak mustahil dalam jangka masa tiga atau empat tahun perkara ini akan menjadi realiti,” ujar pengacara Akademi Fantasia ini.

Tiada Tuah Dalam Percintaan

Perkahwinannya mengalami kehancuran, malah percintaannya juga dikhabarkan tidak bertahan lama. Mengakui tiada tuah dalam perhubungan, Sarimah yakin kini masanya untuk mencintai diri sendiri.

“Saya sedang bercinta dengan kerjaya dan sedang belajar menyintai diri sendiri. Sebelum ini saya tidak begitu suka akan diri sendiri.

“Namun saya sedar, sebagai wanita Islam, adalah tanggungjawab saya untuk mendidik diri menyayangi diri sendiri,” ujarnya yang juga mengakui serik untuk bekerja dengan produksi luar yang disifatkan tidak memahami budaya masyarakat Malaysia dan Islam.

FOTO oleh MOHD FARIZWAN BIN HASBULLAH

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: