Scha Al Yahya Minta Maaf

8 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
  

Belum pernah terdengar jelitawan seorang ini menimbulkan isu hangat atau reputasi buruk apabila berkaitan kerjayanya. Namun baru-baru ini kecoh apabila Scha dikatakan telah melabelkan wartawan hiburan sebagai monkey melalui laman twitter miliknya.

When a production run by a bunch of monkeys, you will get peanuts. Ayat itulah yang dikatakan Scha kepada wartawan. Terkejut dan terkilan atas apa yang berlaku, Scha mengakui ayat tersebut ditulis di laman twitter miliknya, namun menafikan ianya ditujukan kepada wartawan.

“I’m so sorry. Memang Scha tweet ayat itu namun tak tahu bagaimana orang boleh kaitkannya dengan wartawan. Mana ayat yang menunjukkan Scha tuju perkataan tersebut kepada wartawan.

“Perkara ini terjadi kerana ada yang kata Scha retweet dan reply kepada pelakon wanita yang sedang marah kepada wartawan sedangkan Scha tak follow pun pelakon wanita itu.

“Pasti ada yang salah interpretasi dengan ayat tersebut. Scha tak berselindung di sebalik perkataan tersebut dan tak faham bagaimana perkara ini boleh berlaku.

“Mungkin orang yang menyebarkannya tak faham maksud Scha kerana ia tak sepatutnya menjadi isu. Tak mungkin Scha akan gali kubur sendiri dan bermusuh dengan wartawan kerana mereka yang menaikkan Scha.

“Tapi tak dinafikan hubungan Scha dengan mereka terjejas gara-gara perkara ini,” jelasnya kecewa.

Segalanya Berjalan Lancar Bersama Awal

Baru sahaja memenangi anugerah Hot Chick pada Shout! Award yang lalu, Scha sedikitpun tidak menyangka akan kemenangannya. Malah kata Scha, Awal sempat mengusik mengenai hantaran perkahwinan yang pasti meningkat seiring dengan gelaran tersebut.

“Scha memang tak sangka menang untuk anugerah itu kerana calon-calon yang ada semuanya hebat belaka dan Scha paling baru dalam bidang ini. Waktu itu Scha tengah shooting di Perth untuk Awan Dania.

“Menyentuh mengenai hubungan kami, segalanya berjalan lancar. Keluarga merestui hubungan kami. Scha masih lagi dalam proses mengenali Awal. Kami tak perlu try to hard sebab chemistry antara kami kuat.

“Tak dinafikan kami pernah berborak mengenai soal perkahwinan namun tidak serius. Dan melihatkan keadaan sekarang, tak mungkin Scha akan berkahwin dalam masa terdekat.

“Kalau ikutkan ibu Scha, dia lebih suka jika kami terus berkahwin. Scha sendiri pun tak pernah plan bila mahu berkahwin ataupun konsep perkahwinan,” kata  juara Dewi Remaja 2006 ini.

Scha bakal muncul dalam Awan Dania musim terbaru yang pastinya lebih menarik dengan lokasi baru seperti Perth, Korea dan Bali. Aksi menarik Scha boleh ditonton setiap Isnin jam 9.00 malam di saluran 104.

FOTO oleh NOOR ASREKUZAIREY SALIM

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: