Shontelle Teruja Pertama Kali Di Malaysia

8 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
  

Jauh meleset tanggapan ManggaOnline (MO) terhadap bintang Hollywood Shontelle Layne. Pertama kali bertemu dari mata ke mata, penyanyi yang popular dengan lagu T-Shirt ini nyata bergitu mesra dan senyuman sentiasa terukir di bibir. Hadir pertama kali di Malaysia memenuhi undangan jenama antarabangsa, GUESS, Shontelle tampil glamor dan cukup menawan.

“Ini pertama kali saya di Malaysia, namun sebelum ini saya banyak mendengar cerita pasal Malaysia melalui David Archuletta. Selalunya dia memuji makanan di sini sangat sedap dan begitu sukakannya.

“Teruja dengan jemputan Guess untuk memeriahkan fesyen show mereka yang pastinya akan menjadi majlis yang paling menarik pada tahun ini. Sebenarnya saya ada impian untuk menjadi gadis Guess yang sentiasa glamour dan seksi kerana sesuai dengan personaliti saya,” ujar penyanyi yang popular dengan lagu Perfect Nightmare.

Berasal dari Barbados, sama seperti penyanyi seksi Rihanna, Shontelle bercerita mengenai pengalamannya membesar bersama bekas kekasih Chris Brown itu.

“Kami membesar di tempat yang sama namun berlainan sekolah. Kami dalam satu pasukan kadet yang sama. Sejak dulu lagi, Rihanna memang seorang yang sangat menarik dan jelita. Kehebatannya telah terserlah sewaktu kecil lagi.

“Memang diakui saya sering dibandingkan dengan Rihanna, ada yang mengatakan kami kembar. Saya ingatkan dia akan menjadi model namun tak sangka dia memilih menjadi penyanyi. Dia juga seakan tidak percaya apabila saya turut mengikut jejak langkahnya,” kata wanita jelita ini.

Tinggalkan Pengajian Demi Nyanyian

Mengikuti kursus undang-undang dan hampir menamatkan pengajian di University of The West Indies sebagai peguam, namun cita-cita sebagai anak seni mengubah pendiriannya. Bukan mudah bagi Shontelle membuat keputusan, namun hatinya tekad tidak mahu berpaling.

“Saya masih ada lagi dua course sebelum graduate dan kebetulan waktu itu tawaran menjadi penyanyi sukar untuk dilepaskan. Susah untuk membuat keputusan kerana pengajian hampir tamat namun hati terlalu kuat untuk pergi kepada muzik so saya teruskan juga. Saya tak menyesal dengan keputusan ini. Mungkin juga saya akan kembali ke Barbados dan selesaikan baki pengajian.

“Pengajian ini bukan sia-sia kerana setiap ilmu yang dipelajari digunakan dalam setiap kontrak atau persetujuan yang dibuat dan hasilnya saya tak mudah ditipu. Orang dalam industri tahu latar belakang saya  dan saya tahu apa yang saya sign dan selalunya saya akan teliti setiap kontrak yang diberi,” jelasnya yang baru muncul dengan album terbaru No Gravity.

Peluang Datang Tak Diduga

Perjalanannya masuk ke dalam dunia nyanyian tidak terduga. Semuanya bermula daripada lagu ciptaannya Roll It Gal bersama Alison Hinds menjadi sebutan di kalangan komposer terkenal selepas disiarkan di radio.

“Waktu itu mereka katakan mahu berjumpa saya kerana lagu yang ditulis itu menarik perhatian. Dan seorang sahabat mengatakan saya juga boleh menyanyi. Lagu Killing Me Softly With His Song membawakan tuah kerana saya terus ditawarkan kontrak bersama SRC Records.

“Memang diakui terlalu banyak artis sekarang namun saya bertuah muzik dihargai di seluruh dunia. Selalunya susah apabila penyanyi yang datang dari luar Amerika untuk berjaya.

“Untuk berjaya, muzik haruslah datang dari hati. Jika kita cuba terlalu kuat untuk menjadi sesuatu yang bukan diri, pasti akan kecundang.

“Untuk album terbaru ini, saya pastikan lagu dan muzik adalah daripada suara hati. Seperti contoh, lagu Say Hello To Goodbye merupakan lagu yang paling lama dirakam kerana dua hari diambil untuk rakam bridge sahaja. Sukar untuk sampaikannya kerana setiap kali rakam saya pasti menangis kerana ia berkait rapat dengan hidup,” katanya yang suka mencuba sesuatu yang baru terutamanya apabila berkaitan fesyen.

FOTO oleh Syefry Moniz bin Mohd Nizar

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: