Belum Terfikir Untuk Bersara

9 Dec

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR


SEBELUM muncul dengan album terbarunya, Siti akan terlebih dahulu mengeluarkan single.

MELIHATKAN dirinya yang begitu aktif membabitkan diri dalam dunia perniagaan lewat ini, ramai yang mengandaikan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kini perlahan-lahan mengundurkan diri daripada dunia seni.

Sementelah, publisiti tentang dirinya juga semakin jarang kedengaran membuatkan ramai yang berpendapat penyanyi kesayangan ramai itu sudah mahu mengucapkan selamat tinggal.

Lebih-lebih lagi selepas dia mengambil keputusan muktamad untuk tidak lagi bertanding dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) bermula tahun depan.

Mengajukan persoalan tersebut kepada empunya diri, dia hanya mampu ketawa kecil sambil mengatakan dia belum bersedia untuk berbuat demikian.

‘Hati saya masih dalam dunia nyanyian. Mana mungkin saya berhenti menyanyi dalam waktu terdekat ini. Cuma, pembabitan saya dalam bidang perniagaan adalah sebagai persediaan untuk masa masa depan seandainya saya tekad bersara daripada dunia seni.

‘Buat masa ini, saya masih lagi mampu mengimbangi dua dunia saya ini. Sudah 15 tahun saya dalam bidang ini dan dunia perniagaan merupakan satu fasa baru buat saya untuk terus maju ke depan,’ ujar pemilik rangkaian produk kecantikan, SimplySiti itu tanpa selindung.

Penyanyi bersuara emas itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Sity Avita di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sity Avita merupakan sebuah perniagaan jualan langsung dari Singapura yang menggunakan jenama Avita. Hanya di Malaysia, perkataan Avita ditambah Sity di hadapannya sebagai tanda penghormatan kepada penyanyi tersohor negara itu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Lee Xiang Yin dan adik ipar Siti yang merupakan Pengarah Urusan Sity Avita, Zaini Mohamad Jiwa.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: