Cate Bintangi The Hobbit

9 Dec


Cate Blanchett

LOS ANGELES 8 Dis. – Studio yang menyiapkan filem The Hobbit, semalam mendedahkan barisan pelakon filem itu yang tayangannya ditunggu-tunggu, termasuk pemenang Oscar, Cate Blanchett yang akan memegang semula watak sebagai bunian dalam trilogi The Lord of the Rings.

Blanchett yang berasal dari Australia telah lima kali dicalonkan dalam Oscar, anugerah tertinggi industri perfileman, sebelum menerima penghormatan tersebut menerusi filem The Aviator pada 2004 melalui karakter Katharine Hepburn.

Dalam The Hobbit yang dibuat berdasarkan novel fantasi J.R.R. Tolkien, Blanchett berlakon sebagai ketua bunian Galadriel, Lady of Lothlorien, watak sama yang dibawa dalam The Lord of the Rings.

“Dia merupakan antara pelakon pilihan dan saya berasa teruja bila dia kembali membawa watak yang dijayakan dengan indah dalam filem terdahulu.” kata pengarah filem baru ini, Peter Jackson.

Jackson yang sebelum ini mengarahkan ketiga-tiga filem Lord of the Rings sedang menyiapkan dua filem berasaskan The Hobbit. Filem pertama akan ditayangkan pada Disember 2012, sementara yang kedua setahun kemudian.

Selain Blanchett, Warner Bros. Pictures berkata, Ken Stott pula membawa watak ketua orang kerdil, Lord Balin; Sylvester McCoy sebagai ahli sihir Radagast the Brown sementara Mikael Persbrandt dari Sweden memegang watak pengubah bentuk Beorn.

Sebelum ini, Martin Freeman dipilih sebagai watak penting Bilbo Baggins. – REUTERS

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: