Oprah Mula Rakaman Kembara Di Australia

9 Dec


Oprah Winfrey memeluk seekor Koala yang diberi nama Elvis di Hamilton Island, semalam. Winfrey kini berada di Australia untuk merakamkan dua episod program temu bualnya Ultimate Australian Adventure di Sydney Opera House. – REUTERS

SYDNEY 8 Dis. – Hos rancangan temu bual terkenal Amerika Syarikat (AS), Oprah Winfrey mendarat di kawasan tropika utara Australia hari ini disambut para peminatnya ketika negara ini dilanda demam Oprah-mania.

Winfrey, 56, mendarat di lapangan terbang Cairns pada kira-kira pukul 11.30 pagi (pukul 8.30 pagi waktu Malaysia) untuk urusan kastam dan mengisi minyak jet peribadinya sebelum meneruskan penerbangan ke Pulau Hamilton di mana dia akan memulakan rakaman Ultimate Australian Adventure.

Dengan harapan melihat ikon mereka dari dekat, peminat berkumpul di lapangan terbang dengan sebahagian daripada mereka menyifatkan kunjungan Winfrey lebih teruja berbanding lawatan diraja.

“Biar saya beritahu kamu satu perkara, saya tidak akan bangun seawal pukul 6 pagi untuk melihat Ratu,” kata seorang penduduk tempatan, Jodie Price.

Kesemua 302 penonton rancangan Winfrey dari Kanada, AS atau Jamaica telah mendarat di Sydney, semalam dan memulakan lawatan lapan hari dalam satu jelajah basikal dengan melawat bandar pesisir pantai itu dan parti sambutan di Taronga Zee.

Mereka kini berpecah kepada kumpulan kecil menjelajah ke seluruh Australia ditemani krew penggambaran, untuk merasai sendiri keindahan pantai, keenakan makanan dan hidupan liar di negara ini.

Sydney Opera House akan bertukar menjadi Oprah House pada 14 Disember ini apabila dua episod musim akhir akan dirakamkan di hadapan 12,000 peminat di Australia yang dipilih menerusi undian. – AFP

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: