Pencarian Bintang Pop Di Internet Bermula

9 Dec

NEW YORK 8 Dis. – Pengurus Johnny Wright yang ‘mencipta’ kejayaan Backstreet Boys, ‘NSync dan Jonas Brothers kini melancarkan pencarian bintang pop baru di Internet.

Mulai semalam, Wright mula menerima video temu duga daripada pemuzik yang berpotensi di seluruh dunia yang berusia antara 16 hingga 30 tahun.

Jumlah peserta akan dikecilkan melalui cabaran dan kem latihan di Los Angeles.

Kumpulan akhir akan dipilih pada Jun 2011.

Pencarian Wright akan diikuti dengan 21 siri web On the Spot: Johnny Wright’s Quest for the Next Pop Sensation yang akan ditayangkan melalui perkhidmatan televisyen AT&T, Uverse TV, laman web milik Jonas Group, Cambio.com, AOL dan MGX Labs.

Katanya, dia sering mendekati orang ramai di tempat seperti Cheesecake Factory atau Footlocker di mana ramai menjalani uji bakat pantas dengan menyanyikan lagu atau beberapa baris lirik rap.

“Saya selalu merasa tidak selesa kerana terpaksa memberikan maklum balas segera mengenai apa yang mereka lakukan dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyedari apa yang telah dipersembahkan.

“Rakan saya bernama Doug kemudian mengeluarkan telefon bimbit berkamera dan mula membuat rakaman,” ujar Wright.

Dia kemudian memuat naik video itu ke laman webnya, http://www.wegmusic.com untuk melihat reaksi peminat terhadap persembahan itu, sebelum Cambio menghubunginya dengan cadangan siri web.

Uji bakat akan diterima sehingga 25 Februari ini, sementara siri web itu akan mula ditayangkan Januari ini. – AP

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: