Deera Tersingkir Di Hari Lahir

10 Dec

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my

MUSIM ketiga program realiti nyanyian kanak-kanak, Idola Kecil 3 (IK3) kini memasuki fasa yang lebih mendebarkan. Melalui dua konsert terdahulu yang mula bersiaran pada 12 November setiap Sabtu, mulai pukul 9 malam tanpa ada penyingkiran.

Bagaimanapun pada konsert IK3 yang berlangsung Sabtu lalu, ternyata mengejutkan apabila Deera disingkir daripada meneruskan perjuangannya dalam rancangan tersebut.

Ironinya, penyingkiran gadis sunti berlesung pipit itu adalah pada di hari ulang tahun kelahirannya yang jatuh pada 3 Disember lalu.

Deera,11, merupakan peserta kedua setelah Diba disingkirkan minggu sebelumnya. Dengan penyingkiran dua peserta ini, lapan peserta akan meneruskan cabaran mereka untuk merebut gelaran juara IK3.

Keputusan yang diumumkan oleh pengacara Alif Satar itu nyata memberi impak kepada semua penonton di studio apabila ada dari kalangan mereka yang menitiskan air mata simpati terhadap Deera atau nama sebenarnya Nadeera Allysha Aminudin yang berasal dari Johor itu.

Penerbit IK3, Nurul Ashikin Halim memberitahu, kesedihan yang dilalui peserta itu hanyalah untuk tempoh masa yang singkat kerana mereka perlu mengikuti jadual yang telah disusun oleh pihak TV9.

“Pelbagai aktiviti telah diatur termasuklah penglibatan mereka dalam karnival Sua Rasa TV9 .

“Walaupun tersingkir kesemua sepuluh peserta masih lagi tinggal bersama di bawah satu bumbung. Cuma peserta yang tersingkir tidak akan membuat persembahan mingguan kecuali pada pentas akhir IK3,” jelas Nurul Asyikin yang ditemui sejurus konsert berakhir di Studio ntv7, Glenmarie, Shah Alam.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: