Kirsten Sengsara Di Pusat Pemulihan

10 Dec

LOS ANGELES 9 Dis. – Kirsten Dunst mendedahkan mengenai kesengsaraan ketika berada di pusat pemulihan dan mengakui keadaan dirinya ketika itu turut membebankan rakan dan keluarganya.

Pelakon berusia 28 tahun itu mendaftar masuk ke Pusat Rawatan Cirque Lodge di Utah bagi mendapatkan rawatan kemurungan pada Februari 2008 dan mengakui pengalamannya di sana memberi kesan dahsyat kepada dirinya sendiri.

Katanya lagi, rakan dan keluarganya turut terjejas kerana terpaksa menafikan khabar angin yang dia terlibat dengan penyalahgunaan arak dan dadah.

“Saya tahu bagaimana rasanya hidup dalam keadaan huru-hara dan tidak dapat membezakan antara perkara betul atau salah.

“Jika anda seorang gadis dalam lingkungan 20-an yang keseorangan, anda akan keluar dengan rakan-rakan dan kadangkala minum arak terlalu banyak,” katanya kepada majalah BlackBook.

Walaupun berada dalam tempoh pemulihan, Kirsten akan tampil dalam sebuah filem terbaru, All Good Things yang mengisahkan pembunuhan misteri yang turut dibarisi Ryan Gosling.

Dia mengakui dapat menilai semula kehidupannya dan memutuskan sama ada untuk terus bekerja di Hollywood atau tidak ketika berada di Cirque Lodge.

Kirsten mula tampil dalam iklan televisyen sejak berusia tiga tahun dan memainkan watak pertamanya dalam filem pendek arahan Woody Allen Oedipus Wrecks ketika baru berusia lapan tahun. – AGENSI

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: