Along, Angah Dan Tauke Taruhan Terbaik Hello

11 Dec

BUAT pertama kalinya, filem yang menelan kos RM1.2 juta, Hello menggabungkan tiga pelawak yang lahir daripada program realiti Raja Lawak iaitu Along, Angah dan Tauke.

Ketika ditemui di lokasi penggambaran filem tersebut di Jalan Kuari, Cheras, baru-baru ini, Along memberitahu, filem genre komedi romantik itu mampu menarik minat penonton filem Melayu terutamanya masyarakat luar bandar.

Memegang watak Awang, Along menjelaskan, walaupun komedi yang diketengahkan melalui filem itu bersifat ringan, ia tetap mempunyai elemen lawak yang mampu menggeletek penonton.

“Jalan ceritanya cukup dekat dengan jiwa masyarakat Melayu di luar bandar. Lawak yang ditampilkan juga berlandaskan situasi semasa yang berlaku dalam kehidupan masyarakat Melayu kampung ketika ini.

“Walaupun golongan itu menjadi sasaran utama, saya percaya ia mampu menarik minat penonton bandar yang berjiwa Melayu,” terang Along ringkas mengenai jalan cerita yang ditonjolkan menerusi Hello.

Sementara itu, pelakon utama filem Ngangkung, Angah berpendapat, filem Hello adalah sebuah karya yang cukup sesuai ditonton seisi keluarga.

“Walaupun ia bukannya filem kanak-kanak, sebagai bapa, saya percaya golongan itu akan suka menonton filem ini dan akan menarik minat ibu bapa untuk meluangkan masa bersama mereka ke pawagam,” ujar Angah melontarkan pandangannya.

Hello membawa kisah mengenai tiga sekawan memasang hajat untuk mengorat gadis sekampung yang baru sahaja pulang dari luar negara.

Sepanjang perjalanan untuk mencapai misi mereka itu, pelbagai kejadian yang melucukan terjadi, terutamanya apabila mereka ditugaskan oleh bapa gadis itu untuk menjemputnya di lapangan terbang.

“Situasi itu bertambah gamat apabila tiga mamat yang tidak pernah ke bandar ini mengikut gadis itu ke kota raya Kuala Lumpur yang serba berteknologi tinggi.

“Inilah klimaks filem ini. Sifat bodoh-bodoh tiga sekawan itu mengundang gelak tawa penonton,” ulasnya.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: