Halang Muat Turun Haram

11 Dec

PERKEMBANGAN teknologi membolehkan masyarakat mendapatkan hiburan sama ada melalui mendengar lagu mahupun menonton filem menerusi pelbagai saluran.

Bagaimanapun, timbul persoalan bagaimana muat turun dilakukan pengguna secara percuma boleh dikekang kerana jika perbuatan itu tidak dihalang ia akan memberi kesan kepada pendapatan pengkarya dalam jangka masa panjang.

Pengumuman Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk meminda Akta Hakcipta 1987 pada majlis Malam Mesra MACP 2010, baru-baru ini, pastinya disambut baik penggiat seni.

Menarik apabila Ismail menjelaskan isu pindaan akta terbabit akan dilaksanakan pada tahun depan dan pembentangan mengenainya di Parlimen akan dilakukan secepat mungkin.


Selain itu, Tribunal Hak Cipta, yang menjadi penimbang tara dalam soal pertikaian hak intelek, akan diwujudkan semula.


Jelas Ismail sebelum ini apabila ada pengkarya menyaman pihak yang melaksanakan rakam rompak ia mengambil masa panjang apabila dibicarakan di mahkamah dan keputusan tuntutan biasanya tidak seberapa.

Katanya, apabila Tribunal Hak Cipta diwujudkan kembali ia membolehkan penggiat membuat aduan terus kepada tribunal tanpa perlu ke mahkamah.

“Kementerian juga akan menggubal pendaftaran hak cipta bagi membolehkan pembuktian terhadap karya diciplak mudah dilaksanakan.

“Ia memerlukan pindaan akta terbaru dan pencipta mahupun komposer boleh mendaftar setiap hasil karya secara sukarela.

“Mereka boleh melakukan pendaftaran di Perbadanan Intelek Malaysia (MyIPO). Setiap pendaftaran akan diberikan sijil bukti,” katanya.

Paling penting, jelas Ismail, pindaan itu sejajar perkembangan teknologi terkini seperti penggunaan Internet atau muat turun menerusi mp3 atau iPod.

“Sebelum ini kementerian menjalinkan kerjasama dengan beberapa badan dan pertubuhan yang bertanggungjawab dalam menjaga royalti karyawan muzik mahupun filem dalam mengekang masalah cetak atau rakam rompak.

“Masalah itu semakin berkurangan namun sekarang pengguna beralih pula kepada teknologi canggih, mereka mudah muat turun lagu mahupun filem tanpa kebenaran.

“Undang-undang bagi halang muat turun secara haram ini perlu digubal dan dilaksanakan segera.

“Akta ini akan dibentangkan di Parlimen pada sesi akan datang. Pindaan dibuat adalah untuk kebaikan semua pihak termasuk komposer dan penulis lirik muzik dalam usaha meningkatkan lebih banyak hasil kreativiti negara.

“Selain daripada itu, ia berupa komitmen kementerian ke peringkat antarabangsa dalam memperluaskan dan meningkatkan perlindungan harta intelek umumnya dan hak cipta khususnya,” katanya.

Memberikan maklum balas, Pengerusi MACP, Habsah Hassan berkata, pindaan akta adalah perlu untuk membawanya setaraf dengan undang-undang negara membangun yang lain dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi.

“Saya turut mengharapkan agar MyIPO yang diberikan kuasa untuk melaksanakan akta berkenaan agar ia membela nasib pengkarya seni. Pindaan akta itu boleh dianggap sebagai langkah permulaan yang sangat baik,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: