Hello Uji Kredibiliti Isma

11 Dec

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar ISMAIL KAMADIN

MUNCUL menerusi rancangan realiti kegemaran ramai, Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), nama Isma atau Ismaliza Ismail, 31, seakan tenggelam ibarat kata pepatah hidup segan, mati tak mahu.

Sekali pun single pertamanya, Bisikan Godaan merupakan sebuah lagu yang menarik dari segi melodi mahu pun lirik, namun ia tidak berjaya mempopularkan dirinya berbanding peserta akhir AF7 yang lain iaitu Hafiz, Aril dan Akim.

Namun, bagi ibu beranak lima itu, ia tidak menjadi isu buatnya. Baginya kepuasan melakukan aktiviti yang disukai iaitu menyanyi telah pun mencapai satu tahap yang tidak pernah dibayangkannya selama ini.

Bahkan, perjalanan seninya tidak terhenti setakat itu. Kini, kakak kepada juara One In A Million musim ketiga (OIAM3) Tomok , mula mengorak langkah lebih jauh dalam dunia hiburan tanah air apabila bergelar penerbit.

Hello, itulah judul filem pertama di bawah syarikat produksi Nusanbakti Corporation Sdn. Bhd., yang diterajuinya bersama suami tercinta, Zulkifli Majid atau Zul yang juga bekas anggota kumpulan 2BY2.

Menggalas tanggungjawab selaku Pengarah Urusan Nusanbakti Corporation dan juga Penerbit Eksekutif filem Hello, Isma memastikan pembabitan sulungnya dalam bidang lakonan dilunaskan dengan penuh integriti.

Jelasnya, kepercayaan yang diberikan oleh empunya syarikat yang bergelar Datuk akan dibalas sebaik mungkin menerusi filem Hello.

“Saya baru sahaja mengambil alih pengurusan syarikat ini beberapa bulan lalu. Saya berharap, filem ini akan berjaya sekali gus memberi semangat kepada kami untuk meneruskan perancangan yang telah diatur.

“Hello merupakan penanda aras kewibawaan saya dalam melunaskan tanggungjawab yang telah diamanahkan,” tutur Isma yang mengimpikan kejayaan box-office buat filem arahan A.R Badul itu.

Isma yang juga bertindak selaku penolong pengarah filem itu dilihat berani apabila tidak banyak menampilkan pelakon ternama.

Malah, dia sendiri turut membintangi filem itu sebagai permulaan buatnya bergelar insan seni serba boleh.

“Walaupun tiada nama-nama besar, saya yakin dengan kredibiliti pelakon utamanya iaitu Along, Angah, Tauke, Fizo Omar dan Dayana,” ujar Isma yang yakin Hello memenuhi cita rasa pasaran komersial.

Selain Along, Angah, Tauke, Fizo Omar dan Dayana, filem itu turut membariskan Dina, Ziela Siron, Acong, Zul 2BY2 dan Amran Tompel sebagai pelakon pembantu dan ia dijangka akan menemui penonton pada pertengahan 2011.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: