James Cameron Kerjasama Terbit Filem

11 Dec

LOS ANGELES 10 Dis. – Pengarah filem blokbuster Avatar, James Cameron yang mengubah seni perfileman dan kumpulan penghibur Cirque du Soleil yang memberi nafas baru kepada persembahan sarkas, bakal bekerjasama menerbitkan filem.

Kerjasama antara Cameron, pengarah filem Shrek, Andrew Adamson dan syarikat penerbitan Reel FX Entertainment yang diumumkan semalam menyaksikan rancangan menerbitkan filem-filem tiga dimensi (3D) yang bakal mewakili ‘bentuk seni yang tidak pernah dibayangkan’.

“Imej yang kami rakamkan amat cantik dan saya tahu Adamson akan mengubahnya menjadi kisah seperti mimpi yang bakal memukau penonton daripada pelbagai peringkat umur di seluruh dunia,” kata Cameron dalam satu kenyataan.

Butiran lanjut mengenai filem-filem tersebut tidak didedahkan, tetapi ia bakal menampilkan ahli-ahli sarkas Cirque du Soleil yang diasaskan oleh Guy Laliberte yang bakal menghiburkan penonton dengan persembahan unik aksi akrobatik serta penuh warna warni.

Persembahan kumpulan sarkas itu sejak diasaskan pada 1984 telah disaksikan lebih 100 juta penonton di seluruh dunia. – Reuters

Projek filem pertama itu yang masih belum mempunyai tajuk kini giat dijalankan.

Tarikh tayangannya juga belum diumumkan.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: