Siti Sarah – Shuib Raja Lawak Sah Bertunang

11 Dec

Ditulis oleh Nonie
  
  

Akhirnya terbongkar jua kisah pertunangan antara Siti Sarah Raisudin dan Shuib Raja Lawak. Majlis yang dirahsiakan daripada pengetahuan media itu dilangsungkan pada 16 November lalu di Kuala Selangor.

Berita gembira ini disampaikan sendiri Shuib kepada media sewaktu sidang media sempena pelancaran sitkom Bujang Sepah Musim Kedua di Palm Tree Resort Sepang.

“Saya mengaku sudah bertunang dengan Sarah pada 16 November lalu. Kemungkinan besar Januari tahun depan kami akan melangsungkan perkahwinan, mungkin selepas saya habis shooting. Kalau boleh tak mahulah tunggu lama-lama. Mungkin sudah sampai jodoh kami.

“Keluarga masing-masing sudah membuat persiapan dan kalau sudah memilih tarikh yang sesuai, kami akan maklumkan.

“Sebenarnya kami mengambil keputusan merahsiakan berita ini kerana menghormati permintaan Sarah kerana dia pernah putus tunang dulu. Kami lebih selesa bercerita hal kerjaya berbanding peribadi,” kata Shuib yang tidak menghalang karier Sarah selepas berkahwin nanti.

Menurut Shuib, dia mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri untuk mengenali Sarah atas status tunangnya sebagai bintang popular.

“Waktu mula-mula kami keluar dating, saya rasa rendah diri sangat sebab orang semua kenal dia dan dia artis popular. Namun Sarah seorang yang humble dan itu memudahkan hubungan kami yang telah berjalan setahun dua bulan,” katanya yang mengenali Sarah sewaktu penggambaran Gelak Khas di Astro Warna.

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: