Peluang Terakhir Tonton Double Trouble

12 Dec


KONSERT DiGi Live – Konsert Gemuruh DT Search & Wings bakal berlangsung di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 18 Disember dan di Surf Beach, Sunway Lagoon, Selangor, 25 Disember ini.

BAGI yang belum berkesempatan menyaksikan konsert kumpulan rock legenda tanah air, Search dan Wings, kini dua peluang keemasan datang lagi pada bulan ini. Konsert pertama DiGi Live – Konsert Gemuruh DT Search & Wings itu bakal berlangsung di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 18 Disember ini.

Seterusnya, konsert anjuran Rye Production Sdn. Bhd. yang mendapat kerjasama daripada DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (DiGi) itu akan menyusul di Surf Beach, Sunway Lagoon, Selangor 25 Disember ini.

Menerusi konsert di Sunway Lagoon itu, Wings dan Search akan tampil menyanyi sambil diiringi para pemuzik orkestra di mana ia pertama kali mereka lakukan.

Selain itu, mereka akan mencatat sejarah sebagai dua kumpulan rock pertama tempatan yang diberi peluang untuk mengadakan konsert di Surf Beach @ Sunway Lagoon yang sebelum ini hanya dibuka kepada artis luar negara.

Untuk kemudahan penonton, bas RapidKL akan menyediakan perkhidmatan membawa pulang para penonton ke stesen-stesen seperti di Kelana Jaya, Subang Mewah, Pasar Seni dan Subang Parade.

Apa yang menarik, pelanggan DiGi akan memberi potongan harga tiket sebanyak 30 peratus daripada tiket berharga RM70 sebagai salah satu cara syarikat telekomunikasi itu menghargai sokongan para pelanggannya selama ini.

Maklumat lanjut mengenai DiGi LIVE! Konsert Gemuruh DT Search & Wings, orang ramai boleh melayari http://www.digi.com.my/gemuruhDT.

Sepanjang tahun ini, Konsert Double Trouble telah berjaya menarik puluhan ribu penonton di empat lokasi iaitu di Sabah, Johor, Kuala Lumpur dan Kuantan.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: