Saya Bukan Kurang Ajar

12 Dec

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
amirah.amaly@utusan.com.my
Foto NOOR AZLINA JAAFAR


Sentiasa berfikiran positif dan menerima teguran dari mana-mana pihak.

ELAKON Lisa Surihani tidak kisah andai kemarahan masih menyala di kalangan penonton dek ketelanjuran katanya dalam program Mari Menari baru-baru ini. Ungkapan “gila babi” yang terkeluar dari mulut wanita bujang sepertinya dilihat tidak manis bagi sebuah program televisyen.

Biarpun berulang kali pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 menerusi filem Lagenda Budak Setan ini memohon maaf, namun dia tetap dibayangi tanggapan negatif rentetan dari tingkah yang tidak disengajakan itu.

“Biarlah orang nak marah saya sebab perkara itu. Ia berlaku di luar kesedaran dan saya pun sudah sedar. Kemaafan sudah dipinta dan saya sudah mendapat pengajaran tersendiri,” bicara awalnya mengulas tentang isu tersebut.

Sungguh pun kemaafan sudah dibuat secara terbuka, ada tanggapan mengatakan wanita berusia 24 tahun ini dilihat kurang ajar dan kurang sopan tatkala mengacara program.

Dia dikatakan tidak layak untuk memikul tanggungjawab, apatah lagi usia penglibatannya dalam bidang pengacaraan baru setahun jagung.

Tambahan pula, peribadi dirinya yang sentiasa ayu, sesuai dengan latar belakangnya sebagai artis berpelajaran, menguatkan alasan untuk mendesak Lisa bersara segera dalam dunia pengacaraan.

Bagaimanapun, lulusan undang-undang dari Help University College dan Aberystwyth University di Wales, United Kingdom ini tidak gentar dengan asakan sebegitu. Dia tahu kemampuan diri dan tidak sesekali tunduk atas permintaan yang disifatkan cukup keterlaluan itu.

“Kesalahan saya cuma terlepas cakap, bukan bertindak lepas laku semasa program sedang berlangsung. Takkan boleh diperbesarkan sampai mahu saya bersara. Bukan masalah besar pun.

“Pada fikiran saya ketika itu, mengapa “gila babi” tak boleh diucap. Jadi apabila saya sudah terlepas cakap, dan ditegur oleh pihak Astro, saya segera meminta maaf. Takkanlah itu tak cukup untuk nak puaskan hati semua orang.

“Sekarang saya sudah dapat pengajaran selepas kejadian itu. Membuatkan saya lebih berhati-hati dengan istilah-istilah yang sesuai atau tidak dalam semasa mengacara program. Saya belajar menerusi kesilapan dan berharap agar selepas ini tiada siapa mempertikaikan perkara ini,” pinta wanita penuh makna.

Pengacara program Myeg Extra Time di saluran ESPN 812 Astro ini menjelaskan bahawa dirinya cukup terbuka kalau berbicara soal kekhilafan diri. Semua maklum balas, tidak kiralah sama ada yang baik atau tidak memberi input terbaik, memperbaiki kelemahan diri.

“Saya bukan manusia sempurna, ada kemungkinan kesalahan dibuat pada bila-bila masa sahaja. Saya tidak akan tinggalkan dunia pengacaraan sebab perkara kecil ini. Malah, proses ini baru hendak bermula, saya perlu belajar pantas,” katanya bersungguh-sungguh.

Pada masa yang sama, penjelasan pelakon I’m Not Single berhubung perkara itu dibuat secara terbuka menerusi laman web sosial, facebook miliknya selepas itu. Ternyata, ia mendapat sokongan penuh daripada sahabat dan peminat yang memahami situasi yang dialaminya ketika itu.

Ditanya tentang persedian diri menjadi pengacara serba boleh pada masa depan, dia bersedia menimba pelajaran daripada Aznil Hj. Nawawi dan Yasmin Hani yang dianggap idola dalam bidang itu.

Penguasaan itu melibatkan ayat-ayat yang berpotensi untuk ditekankan dan maklumat relevan berkait rapat dengan penonton, antara intipati pembelajaran ditekankan Lisa nanti.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: