Sein – Nana Selepas

12 Dec

KASIHAN sungguh! Memang Joyah kasihan melihat rumahtangga orang runtuh bertimpa-timpa ni. Inilah yang terjadi kepada bekas penyanyi kumpulan Ruffadge, Sein dengan pasangannya Nana.

Apa masalah yang melanda tak pula Joyah ketahui. Bukan apa mereka ni senyap sahaja. Tak berapa nak aktif dalam bidang seni sangat selepas kahwin. Cuma adalah masuk pertandingan Sehati Berdansa dan Sein juga ada berlakon beberapa buah drama termasuklah Adamaya.

Orang kata ini badi Sehati Berdansa! Eh, Joyah tak pula tahu ini badi atau apa sebab masa sekolah dulu tak ada cikgu yang ajar orang masuk pertandingan menari akan kena badi bercerai-berai.

Jawapan paling mudah, paling klise yang boleh Joyah bagi – tak ada jodoh! Habis nak cakap apa lagi kan. Tak mengapalah, kalau itu jalan terbaik buat mereka, apa lagi nak kata?

Kepada Sein mahupun Nana, Joyah harap mereka bersabar. Langit tak selalunya cerah, kadangkala mendung, hujan ribut dan basah kuyup jadinya.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: