Hati Shila Dah Dimiliki?

13 Dec

USIANYA baru mencecah 20 tahun, namun kematangan wajah penyanyi Nurshahila Amir Hamzah atau Shila kian terserlah. Bahkan, dia kini kelihatan seperti wanita matang seolah-olah sudah bersedia menempuh alam rumah tangga.

Apakah benar, hati Shila sudah dimiliki? Tidak tersentak dengan pertanyaan berbaur peribadi itu, Shila tegas menafikannya. Ujar anak dara penyanyi N D Lala ini, dia masih belum memikirkan soal kahwin.

Ujar Shila, jika dia mahu berkahwin sekalipun, mungkin perkara itu akan berlangsung dalam tempoh empat atau lima tahun lagi. Ini kerana, dalam usia sekarang dia mahu lebih menumpukan fokus kepada karier.

“Memang niat saya mahu ubah penampilan diri daripada remaja kepada wanita dewasa. Saya mahu penampilan nampak lebih profesional dengan cara percakapan dan pemikiran yang matang. “Namun buat masa ini, saya belum bertemu calon yang sesuai. Maklum saja, karier sebagai anak seni memerlukan saya mencari pasangan yang boleh menerima diri seadanya. Lelaki itu, kena faham kerjaya seni saya.

“Saya sentiasa sibuk dengan aktiviti seni hingga kekurangan masa untuk keluar berhibur. Jadi, macam mana saya hendak bercinta dan apakah semua lelaki mudah boleh menerimanya?” katanya.

Sekalipun menafikan dia kini bercinta, Shila tetap dikaitkan ada hubungan istimewa dengan pemain bola sepak pasukan Harimau Muda (HM), Haziq Zikri Elias atau Zikri, 19. Bahkan, Shila dikatakan sudah bertemu ibu Zikri.

Terus-terang, Shila akui dia memang pernah bertemu dengan ibu Zikri. Bagaimanapun, akuinya hubungannya dengan pemuda kacak itu hanyalah sekadar kawan rapat. Katanya, buat masa ini mereka belum sampai tahap bercinta.

“Kami hanya berkawan. Lagipun, usia saya setahun lebih tua daripada Zikri. Setakat ini semua OK dan saya tak mahu rosakkan persahabatan kami.

“Kalau pun sekarang kebanyakan wanita lebih gemar memilih teman lelaki muda sebagai pasangan mereka, itu hak masing-masing,” katanya.

Menurut Shila, dia sedar Zikri tidak akan lama menetap di Malaysia memandangkan ibu bapanya tinggal di luar negara. Selama dua tahun dipanggil Shila OIAM, akhirnya anak sulung dalam keluarga ini nekad menggunakan nama pentas baru, Shila Hamzah. Ini kerana, sudah tiba masa dia menggunakan nama ayah sendiri yang menjadi tunggak kejayaannya.

“Ayah saya banyak memberikan galakan sejak dari kanak-kanak hingga sekarang. Saya tahu ayah dulu popular dengan N D Lala, tapi saya mahu menggunakan Amir Hamzah kerana ia nama sebenar ayah dan milik kami sekeluarga,” katanya.

Sejak menyandang takhta naib juara One In A Million 2 (OIAM2), karier seni Shila kian menyerlah. Selain aktif memenuhi undangan pentas, Shila juga dipilih sebagai duta produk kecantikan Safi Balqis Perfect 10.

Mengikat kontrak selama dua tahun, pemilihan Shila itu sekali gus menggantikan tempat pelakon Dynas Mokhtar selaku duta terdahulu. Shila sendiri tidak menyangka akan dipilih menjadi duta produk kecantikan itu. “Saya tertarik dengan produk ini bukan saja kerana ia bagus untuk kulit dengan rumusan Perfect 10, tetapi suci dan selamat,” katanya.

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: