Kiki Farel Diet Kerana Teguran Ibu

13 Dec

Ditulis oleh Rosli Manah
  
  

Kalau anda peminat sinetron Cinta Kirana yang ini sedang ditayangkan di Astro Ria, pasti mengenali wajah pelakon kacak Kiki Farel. Kiki salah seorang pelakon yang membintangi drama bersiri itu.

Ia bukanlah sebuah sinetron baru, sebab itulah mungkin ada pelakon yang wajahnya tampak beza, terutamanya bila susuk tubuh masing-masing sedikit berisi. Kiki Farel juga pernah naik tubuhnya. Semasa saya ke Indonesia mengikut rombongan Tropic Jaya ke Nagaswara Music Awards 2010 di Jakarta, Indonesia  baru-baru ini sempat bertemu Kiki.

Kiki dan empat lagi rakan pelakon iaitu Fendy Chow, Bagus Akbar, Gretha dan Pamela Bowie menubuhkan kumpulan Z5 dan bernaung di bawah bumbung syarikat Nagaswara.

Mereka sedang popular dengan lagu Cuma Sekali Mencinta. Kalau ada peluang kumpulan itu juga ingin mencuba nasib di Malaysia.

Sejak beberapa bulan lalu dia tak sempat ke gimnasium kerana kesibukan rakaman album dan berlakon. Akibatnya berat badannya bertambah. Kini Kiki kembali langsing. Apa rahsia Kiki?

“Ibu saya bising-bising… pastilah teman-teman juga menegur saya. Sebab itu saya sekarang diet dan kurang makan nasi. Susah sangat nak menguruskannya terutamanya bahagian pipi saya ni,” kata Kiki.

Dia nekad untuk diet apabila tidak muat mengenakan pakaian tajaan. Dia sempat menjadi duta kepada satu jenama pakaian.

“Baru-baru ini saya memakai jaket mereka. Akibat badan saya sudah naik, saya membuatkan jaket itu terkoyak… saya terpaksa membeli jaket lain,” katanya sambil ketawa.

Kiki mengaku ketika itu dia tidak boleh menolak berbagai makanan enak yang disajikan sehingga badannya naik sekitar dua kilogram  tanpa disedari.

“Waktu itu ada kerja di luar kota dan makanannya enak-enak. Rasa sayang kalau tak dinikmati. Sehinggalah banyak orang tegur kata saya nampak buruk dalam gambar,” kata Kiki.

Sebab itulah pria kelahiran 16 Mei 1986 ini kembali aktif bersukan dan ke gimnasium kerana mahu cepat turun berat badannya.

Dugaan wajah anak ikan

Dunia hiburan memang tak pernah surut dengan cerita sensasi cinta sejenis. Kiki Farel akui dirinya pernah diekori lelaki.

Kadag-kadang dia jadi serba salah kerana memiliki wajah comel atau dalam bahasa lazim di Malaysia disebut wajah anak ikan. Alih-alih bukan cuma anak dara yang meminati, malah lelaki juga turut memandang tajam melihatnya.

“Pernah juga dulu aku diperhatikan cowok walaupun di khalayak umum,” pengakuan Kiki kepada media di Indonesia.

Sebab itulah Kiki ambil langkah hati-hati kerana tak mahu timbul gosip negatif.

“Kalau ke pusat fitnes, saya buat tak peduli dengan  orang dan membuat hal sendiri,” jelas Kiki.

Tak lama dulu Kiki pernah digosip sebagai lelaki gay gara-gara dia tak pernah bercerita pasal teman wanita.

 

Mangga Online

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: