Bed Intruder Song Paling Popular Di YouTube

14 Dec

NEW YORK 13 Dis. – Video yang menunjukkan reaksi dramatik Antoine Dodson terhadap jenayah tempatan memperoleh penonton paling ramai di laman web YouTube untuk tahun ini.

Dodson, 24, mula menjadi selebriti Internet selepas dia menunjukkan reaksi marahnya ketika ditemu ramah oleh sebuah stesen televisyen tempatan dan ia telah ditukar menjadi muzik video berjudul Bed Intruder Song di laman YouTube.

Bed Intruder Song menjadi video paling popular di laman YouTube tahun ini, kata syarikat milik Google Inc. itu hari ini.

Kata YouTube lagi, jumlah penonton bagi dua versi videonya telah mencecah angka seramai 61 juta orang.

Bagaimanapun, senarai 10 video paling popular itu tidak termasuk muzik video komersial yang didominasi Justin Bieber, Eminem, Rihanna dan Lady Gaga.

Video klip Justin Bieber berjudul Baby menerima jumlah penonton paling ramai iaitu sebanyak 406 juta orang.

Lagu Bed Intruder Song dicipta oleh dua pemuzik dari New York iaitu Evan and Michael Gregory yang juga mempunyai laman web sendiri, Auto-Tune the News.

Ia turut terdapat di gedung muzik milik Apple, iTunes dengan keuntungan mereka dibahagi sama banyak di antara Dodson dan adik beradik Gregody.

“Ada hikmah di sebalik apa yang telah berlaku,” kata Dodson kepada AFP.

Sementara itu, Pengurus Komuniti YouTube, Mia Quagliarello berkata pihaknya mendapati kebanyakan video yang popular pada 2010 dibuat oleh individu dan syarikat korporat yang mahu menjadikan YouTube sebagai sebahagian daripada pendapatan mereka. – AFP

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: