Erma Fatima Mahu Pecah Rekod

14 Dec

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar IZHAM JAAFAR dan HAFIZH KHOSMAT


ERMA FATIMA

TEATER Natrah musim kedua (Natrah 2) yang telah melabuhkan tirainya pada 7 Disember lalu terus mencatatkan kejayaan membanggakan.

Mengekalkan rekod yang sama seperti tahun lalu dengan kehadiran 18,000 orang pengunjug ke Panggung Sari, Istana Budaya (IB), ternyata rekod itu sudah cukup membuatkan penerbit dan pengarahnya, Erma Fatima berpuas hati.

Dipentaskan untuk 18 persembahan pada musim ini, sesungguhnya teater Natrah telah mempunyai kumpulan peminatnya yang tersendiri.

Percaya atau tidak, kata Erma, ada yang datang dari Pulau Langkawi untuk menonton Natrah 2 dan menunggu lama semata-mata mahu bergambar serta mendapatkan autograf para pelakonnya.

Tidak cukup dengan itu, maklum balas yang diperolehi oleh Erma dari Twitter juga membuatkannya terharu apabila ada yang sanggup membuatkan perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur hanya dalam sehari semalam. Semuanya demi Natrah.

‘Saya memang tidak meyangka sambutan yang diberikan oleh masyarakat dan penonton untuk musim kedua ini sampai ke tahap begitu sekali. Sayu juga hati ini apabila melihat penonton yang berbaris panjang hanya kerana mahu mendapatkan autograf.

‘Malah, ada juga yang sanggup tunggu sehingga ke lewat pagi apabila kami mahu pulang semata-mata mahu bergambar. Tidak dapat bergambar dengan pelakon, dengan saya pun jadilah,’ cerita Erma berseloroh.

Pengarah dan aktres tersohor itu berkata demikian usai persembahan malam terakhir Natrah 2 di IB, baru-baru ini.

Utusan

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: