Intermezzo: Luahan Good Charlotte

14 Dec

UNTUK peminat yang suka muzik bingit dan pantas, Good Charlotte boleh dicuba.
Walaupun tidak mengenengahkan kelainan tertentu, band ini memiliki bunyi tipikal ‘American pop punk sound’ dan elemen Brit pop stail U2. Penyampaian berbeza daripada album sebelum ini, Good Morning Revival.

Aspek ketara kebanyakan lirik 14 lagu dan satu intro, semuanya berasaskan cetusan dan luahan hati. Let The Music Play sebagai contoh, lagu mengisahkan kebebasan mereka meluahkan perasaan agar mendengar saja apa lagu dipersembahkan kepada peminat.

Apapun, mesej kehidupan harian senang difahami dan lontaran vokal Joel Madden jelas dalam There She Goes. Kelemahan? Tajuk lagu muka belakang CD sukar dibaca kerana rapat dan berkerawang.

ARTIS: Good Charlotte

TAJUK: Cardiology

GENRE: Pop Punk, Punk Rock, Alternatif Rock

EDARAN: Warner Music (M)

Harian Metro

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: